Saturday, August 03, 2013

Tips memandu pulang balik kampung di Hari Raya

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bersama memandu dengan hati-hati dan selamat. Untuk tujuan di atas, berikut adalah 8 tips agar perjalanan anda selamat sampai ke destinasi, insyaAllah.

Tips 1: Jauhi laluan memotong.
Jikalau anda memandu di bahu kiri jalan atau di tengah-tengah laluan, peluang untuk anda tidak terjerebak dengan kemalangan adalah sangat baik. Kajian menunjukkan bahawa kemalangan banyak berlaku di atas laluan memotong (fast lane). Anda juga memperolehi peluang yang tinggi untuk terus menghimpit ke tepi bagi mengelakkan masalah yang besar jikalau berlaku sesuatu di tengah dan
Mata terus ke hadapan.
kanan jalan.

Tips 2: Liarkan mata anda di hadapan ketika memandu.
Liar memberi maksud menjegil. Menjegil memberi maksud yang lebih mendalam dan sesuai dikategorikan sebagai peninjauan serius (serius observation). Anda bukan sahaja perlu melihat nombor plet kereta dihadapan malah anda perlu lihat trafik yang terbentuk di hadapan kereta tersebut juga. Ini dapat membantu anda melihat masalah di hadapan dengan lebih baik dan memberi peluang yang lebih untuk bertindak terhadapnya.
Lihat cermin sisi sebelum
menukar lorong.

Tips 3: Berhati-hati dengan 'Blind Spots'.
Anda perlu perbetulkan cermin sisi (side mirror) dan cermin pandang belakang (rearview mirror) anda untuk dapatkan pandangan yang betul-betul selesa untuk anda teliti. Anda juga dinasihatkan untuk sesekali untuk memandang ke sisi jalan untuk menampung kekurangan yang ditunjukkan oleh cermin sisi anda. Pemandu yang bijak akan sentiasa mengambil kira 'blind spots' pemandu yang lain terutamanya pemandu trak yang besar. 'Blind spot' atau titik buta adalah kawasan yang tidak dapat dilihat oleh mata kita ketika memandu.

Laraskan cermin pandang belakang
bagi mendapatkan pandangan
yang betul selesa.
Tips 4: Memandulah dengan posisi stering pukul 9 dan 3.
Mungkin tidak 'macho' dipandang begitu, tetapi teknik asas yang diajar oleh sekolah memandu anda ini mempunyai nilai yang cukup besar dari segi keselamatan memandu. Rahsia disebalik teknik ini ialah anda mampu mengawal kenderaan anda sepenuhnya jikalau berlaku kemalangan secara tiba-tiba.

Tips 5: Awasi pemandu lain berdasarkan rupa dan keadaan kenderaannya.
Posisi tangan di 9 dan 3.
Jikalau kereta dihadapan anda usang malah kelihatan tidak diservis dengan baik (asap hitam), secara tidak langsung ia menggambarkan ciri-ciri pemandu yang tidak teliti akan aspek keselamatan pemanduannya. Jauhi jugak pemandu yang suka memegang telefon bimbit ketika memandu.

Tips 6: Tahu had laju anda.
Untuk ini, hukum fizik yang dipelajari semasa di peringkat sekolah sangat berguna untuk dijadikan benteng pemanduan
Jangan berdandan ketika memandu.
yang lebih selamat. Pastikan anda tahu keadaan kenderaan anda memecut dalam setiap keadaan (bagaimana keadaannya jikalau dipandu diselekoh yang tajam dari segi tindakan stering, dll.) dan tidak kurang juga memastikan masa tindak balas brek kereta anda untuk sekian had laju yang dipandu.

Tips 7: Servis kereta anda.
Tayar, enjin dan mana-mana komponen yang sensitif untuk perjalanan yang jauh perlulah di servis sebaik mungkin. Sila
dapatkan khidmat nasihat di kedai servis kereta/tayar.

Tips 8: Malam adalah masa rehat.
Pasang tali keledar sebelum memandu.
Hukum yang Tuhan telah tetapkan sangat adil buat pemandu. Malam merupakan masa yang sangat tidak sesuai untuk bermusafir untuk jarak yang jauh. Keletihan dan penumpuan yang lebih oleh mata anda meningkatkan lagi risiko pemanduan yang kurang selamat. Cuba jauhi pemanduan di waktu malam.

Sebagai pemandu yang bijak lagi berhemah, kita perlu tahu bahawa memandu bukanlah kegiatan yang tidak menggunakan otak. Memandu merupakan latihan
yang baik untuk disiplin diri sebagai manusia yang mematuhi undang-undang dan teknik memandu yang baik.

Servis kereta anda.
Yang paling penting membaca doa menaiki kenderaan dan bertawakal semoga perjalanan selamat sampai.

Peringatan tambahan:

* SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaannya kepada penumpang.

* JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.

Tukar tayar kereta jika anda boleh
melihat perkataan 'sen' pada
duit siling 20 sen lama.
* SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

* KETIKA memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalanraya lain untuk memastikan keselamatan anda.

* JANGAN pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.

Baiki kereta sebelum memulakan
perjalanan jauh.
* SENTIASA peka dan berhati-hati ketika sebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar di jalan raya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.

* MEMANDU dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa cengkaman pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan di penuhi air.

* KETIKA memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

Pastikan anda 'segar' untuk
memulakan perjalanan jauh.
* JANGAN biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalan raya.

* ELAK memandu jika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.

Bawa bersama beberapa peralatan
bagi kegunaan semasa kecemasan.
* ANDA dinasihatkan memandu kenderaan diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, brek, tahap cecair brek, tali sawat, tayar, minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

* PERHATIKAN kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.

Jangan menggunakan telefon
ketika memandu.
* JIKA anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin dan gunakan lampu isyarat supaya mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat demikian.

* PERIKSA keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman baik. Juga terpakai kepada tayar simpanan. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalan raya terutama sekali sewaktu memandu dalam cuaca buruk. Bagi menguji 'bunga' tayar kereta anda, gunakan duit siling 20 sen lama. letakkan pada alur tayar, jika anda boleh membaca perkataan 'sen' bermakna, tayar kereta anda perlu ditukar segera.
Setelah segala perkara diambil perhatian,
berdoalah semoga perjalanan anda selamat.

* BAWA bersama beberapa peralatan tambahan seperti air mineral, lampu suluh, 'jumper', dan sebagainya bagi digunakan bila berlaku kecemasan.

* TEMPAT paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.

* BERHENTI di R&R, jika anda berhenti di
R&R, letakkan kereta anda di tempat yang terang dan ramai orang, atau perhatikan sentiasa kereta anda, takut nanti ada orang yang sabotaj kereta anda untuk mengaut keuntungan berlebihan.

* JIKA ditakdirkan anda terlibat dengan kemalangan, JANGAN terima permintaan menunda kenderaan anda oleh mana-mana 'tow-truck' yang datang. Hubungi panel insuran kereta anda sendiri, kerana ia akan lebih menjimatkan.

0 comments:

Post a Comment