Wednesday, June 05, 2013

Makanan berselerakan ketika Pesawat Singapore Airlines terkena gejolak/gelora

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kegeloraan kadang-kadang terjadi semasa penerbangan. Namun jika lorong dalam kabin sampai bersepah dan lantai serta siling kabin tersembur kopi, gelora bermakna sangat serius.

Seperti yang terjadi ketika pesawat Singapore Airlines terjunam hingga 20 meter akibat terkena gelora dalam penerbangan dari Singapura menuju London.

Seramai 11 penumpang dan seorang anak kapal cedera ringan pada penerbangan SQ308, Ahad (2/6/2013) lalu. Seorang penumpang, Alan Cross mengabadikan kesan akibat gelora dengan kamera dan dimuatnaik ke laman instagram.

Anak kapal dan keadaan 'huru-hara' di dalam pesawat.
Kepada ABC News, Alan menyatakan, para penumpang diingatkan akan menghadapi gelora (kehilangan ketinggian) dan penyediaan sarapan ditunda.

Lantas beberapa ketika setelah lampu tanda amaran memasang tali pinggang keledar menyala, juruterbang meminta para anak kapal segera kembali ke tempat duduk masing-masing.

Sejurus kemudian terjadi goncangan kuat yang mana menurut Alan seperti menaiki lift yang tiba-tiba putus talinya atau permainan jatuh di taman permainan. "Semua benda dan penumpang yang tak terikat atau tak memakai tali pinggang keledar, terhumban ke siling kabin," katanya.

Kesan percikan kopi di siling.
Setelah keadaan kembali pulih, para pramugari dengan pantas memeriksa keadaan penumpang dan mengemas, membersihkan semula barang-barang dan makanan yang berserakan di lorong. Keadaan kembali seperti biasa.

Anggota paramedik bergegas menaiki pesawat ketika tiba di lapangan terbang Heathrow. Kesemua penumpang diberikan sekotak coklat semasa mereka meninggalkan pesawat.

Sumber: Foxnews  |  Daily Mirror

Barangan, juga penumpang turut jatuh. 
Biskut jagung seseorang.
Semuanya berselerakan termasuk juga penumpang.
Kawasan di mana berlakunya gelora.
Blanket dihamparkan bagi menyerap cecair dan menghalang terpijak serpihan kaca.
Anggota Paramedik menaiki pesawat memeriksa penumpang sejurus mendarat.
Penumpang diberikan sebungkus coklat selepas meninggalkan pesawat.
Kapal terbang dari jenis sama ketika kejadian.

0 comments:

Post a Comment