Monday, June 10, 2013

Khasiat buah pisang

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Pisang merupakan buah tropika yang mudah kita temui di Malaysia. Selain itu, harganya pun juga agak murah berbanding dengan buah-buahan lainnya. Namun, mungkin anda tidak menduga bahawa kesederhanaan buah pisang yang biasa diketemui sehari-hari itu ternyata memiliki seribu macam manfaat, mulai dari perlindungan kardiovaskuler, menjaga kesihatan mata, memperbaiki tulang, sehinggalah berupaya mencegah kanser buah pinggang.

Berikut adalah senarai manfaat dan khasiat buah pisang:

Perlindungan Kardiovaskular

Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati. Rata-rata, pisang yang terdiri daripada 467 mg potasium dan 1 mg sodium, boleh membantu pencegahan tekanan darah tinggi dan atherosclerosis.

Sebuah penyelidikan yang ditulis di Archives of Internal Medicine mendedahkan bahawa makanan dengan serat tinggi, seperti pisang, membantu penyakit hati. Penyelidikan sepanjang 19 tahun menunjukkan bahawa orang yang makan banyak serat, sekitar 21 gram sehari, mempunyai kadar penyakit jantung koronari 12% lebih sedikit, dan 11% penyakit kardiovaskular lebih sedikit berbandingkan dengan yang memakan serat sedikit (5 gram sehari).

Menjaga Kesihatan Mata
Ketika kecil, orang tua anda tentunya menyuruh untuk banyak makan karot supaya mata kita sentiasa sihat dan baik. Namun, sebagai orang dewasa, buah-buahan merupakan sumber lebih penting dalam menjaga kesihatan mata. Kajian yang terdiri daripada 100,000 orang peserta yang diminta memakan buah, sayuran, vitamin antioksidan A, C dan E, serta carotenoid untuk menilai pembentukan penyakit mata ARMD, menunjukkan bahawa konsumsi sayuran, vitamin antioksidan dan carotenoid tidak berkaitan dengan penyakit tersebut. Sementara itu, memakan buah-buahan menunjukkan perlindungan terhadap penyakit mata yang akut ini.

Memperbaiki Tulang
Memakan pisang secara rutin akan membantu tubuh anda menyerap kalsium secara lebih baik. Pisang mengandungi banyak fruktooligosakarida, yang merupakan prebiotik atau bakteria yang baik bagi usus besar anda. Bakteri ini mengeluarkan enzim serta vitamin yang meningkatkan kemampuan penyerapan nutrisi serta melindungi terhadap mikroorganism jahat. Kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium juga menjadi lebih baik, sehingga bagus untuk tulang. Selain itu, risiko kanser usus juga berkurangan.

Menyihatkan Ginjal
Penyelidikan dari International Journal of Cancer menunjukkan bahawa konsumsi buah dan sayuran, terutama pisang, secara berkala boleh melindungi tubuh. Penyelidikan selama 13.4 tahun merangkumi penduduk yang terdiri daripada 61,000 wanita usia 40-76 menunjukkan bahawa wanita yang memakan lebih daripada 75 buah dan sayuran sebulan (atau 2.5 se hari) mengurangkan risiko kanser buah pinggang sebanyak 40%. Di antara buah-buahan lain, pisanglah yang paling melindungi.

Beberapa Tips Tambahan:

1. Makanlah pisang yang buahnya benar-benar matang, kerana semakin matang buahnya, maka level antioksidannya juga semakin tinggi. (Penyelidikan Universiti Innbruck Austria).

2. Jika anda ingin mempercepat proses matangnya, maka taruh pisang dalam sebuah paper bag atau bungkus dengan akhbar

3. Selain dimakan biasa atau menjadi salad, sandwic atau kerepek pisang dengan mentega kacang dan madu juga merupakan hidangan yang lazat. Selain itu, anda juga boleh menghidangkannya dengan cara dipotong-potong kecil dan dimasukkan ke sarapan oatmeal bersama susu segar anda.

Sumber: World Healthiest Foods juga lihat laman Aanis Aqilah Jamalludin

0 comments:

Post a Comment