Wednesday, May 01, 2013

Semakan keputusan permohonan kemasukan Matrikulasi & Tingkatan 6 Sesi 2013/2014

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Semakan keputusan permohonan kemasukan Matrikulasi Sesi 2013/2014 - Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi bagi sesi 2013/2014 telahpun dibuka.

Sehubungan itu, bagi sesiapa yang telah memohon kemasukan ke Matrikulasi, anda boleh mula menyemak hari ini dan jika berjaya, anda dikehendaki mencetak sendiri statement itu untuk dibawa bersama ketika mendaftar di Kolej Matrikulasi.

Semakan Secara Online

Sila layari laman ini : http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

Semakan Melalui SMS

SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Contoh : MOE MAT 951223125431 dan hantar ke 15888

Berikut ialah senarai tarikh pendaftaran bagi setiap Kolej Matrikulasi yang terdapat di Malaysia:
Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej-kolej matrikulasi seluruh semenanjung – 27 Mei 2013
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my/ mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup berkenaan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Untuk semakan, tawaran dan rayuan ke Tingkatan 6, sila klik http://apps.moe.gov.my/sst6/semakanrayuan2013/

0 comments:

Post a Comment