Wednesday, May 01, 2013

Pelaksanaan Program Susu 1Malaysia (PS1M) 2013

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Surat Kementerian Pelajaran Malaysia, KP(BPSH-SPKIA)701/015 Jld.7 (27) bertarikh 15 April 2013 berkaitan perkara atas dirujuk.

2. Bekalan susu di bawah Program Susu 1Malaysia (PS1M) bagi tahun 2013 telah mula dibekalkan ke semua sekolah di Selangor bermula 30 April 2013. Pemberian susu kepada semua murid yang layak akan bermula pada 2 Mei 2013.

3. Perkara-perkara berikut perlulah diberi perhatian dan tindakan iaitu:

3.1 Semua murid tahun 1 hingga tahun 6 layak menerima PS1M bagi sekolah kategori luar bandar.

3.2 Sekolah kategori bandar hanya murid yang layak menerima RMT 2013.

3.3 Pastikan agar mematuhi Garis Panduan Program Susu 1Malaysia yang telah dibekalkan ke semua sekolah tahun lepas.

3.4 Pastikan buku rekod susu atau buku log sentiasa dikemaskini.

3.5 Sekolah diminta menyediakan bilik stor susu yang sesuai.

4. Susu akan diagih-agihkan 2 kotak seminggu kepada semua murid (kecuali murid Pra Sekolah), yang telah mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga.

5. Pembekal PS1M untuk Selangor adalah oleh Sabah International Dairies Sdn. Bhd.


0 comments:

Post a Comment