Friday, May 03, 2013

AS bayar Rusia AS$424 juta bawa angkasawannya ke ISS

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Tiga orang angkasawan yang terlibat dalam projek membawa angkasawan
 Amerika Syarikat ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.- AP
WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS) menyatakan akan membuat bayaran tambahan sebanyak AS$424 juta (RM1.29 bilion) kepada Rusia untuk membawa angkasawan AS ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Bayaran itu meliputi latihan dan pengangkutan enam angkasawan pergi balik dari ISS pada tahun 2016.

Sebahagian lagi bayaran dibuat kerana menggunakan perkhidmatan kapal angkasa Rusia, Soyuz pada tahun 2017.

Bayaran tambahan tersebut meningkat sebanyak AS$5.6 juta (RM17.1 juta) daripada perjanjian awal sebelum ini.

Namun, pentadbir NASA, Charles Bolden berkata, agensi angkasa AS itu tidak dipaksa menandatangani perjanjian baharu dengan Rusia jika Presiden Barack Obama memohon pelan perkongsian awam-swasta yang dikenali sebagai 'Program Kru Komersial'.

Kapal angkasa Soyuz merupakan satu-satunya kaedah pengangkutan angkasawan ke ISS sejak NASA menamatkan program pesawat angkasa lepas pada Julai 2011.- AFP

Sumber Kosmo Online 3/05/2013

Beaumont Enterprise  |  Clarion Ledger  |  Design & Trend  |  Foxnews  |  Huffington Post  |  Phys Org  |  Space.com  |  Times Live

0 comments:

Post a Comment