Tuesday, April 16, 2013

Garaj di angkasa

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Singapura - Walaupun sering melihat keretanya calar akibat meletak terlalu rapat dengan kenderaan lain di tempat parkir kondonya, Leny Suparman tidak pernah marah.

Peminat kereta itu sebaliknya mendapat idea untuk membina sebuah apartmen mewah lengkap dengan 'garaj di angkasa'. Dan idea itu melahirkan Hamilton Scotts.

Leny ialah pengasas bersama KOP Properties yang membina Hamilton Scotts, sebuah apartmen 30 tingkat di Jalan Scotts yang tarikan jualan uniknya

ialah lif untuk kereta yang secara automatik menghantar kereta penghuni ke unit kediamannya dan meletaknya bersebelahan dengan ruang tamu.

"Mereka yang memiliki apartmen mewah meminati kereta tetapi ia sentiasa terletak di besmen yang menghalang mereka mengaguminya," kata Leny.

Di tempat parkir, kereta terdedah kepada calar secara tidak sengaja apabila penduduk lain membuka pintu kereka mereka.

Untuk membolehkan mereka mengagumi kereta mereka, Leny dan arkitek Hamilton Scotts mendapat idea mengenai 'garaj di angkasa'.

Setiap apartmen ditawarkan dengan ruang untuk dua kereta dan satu unit di besmen. Syarikat itu juga menghasilkan program untuk mengendalikan parkir automatik untuk lif kereta.

"Ideanya ialah untuk mempamerkan kecantikan kereta. Alangkah baik jika anda boleh melihat kereta anda di depan anda. Ini ialah impian setiap pencinta kereta," kata Leny.

Mujur kedudukan bangunan itu di Jalan Scotts sesuai untuk bangunan berkonsepkan demikian.

Menara terbabit dengan garaj di angkasa adalah satu daripada beberapa banyak hartanah yang dibangunkan Syarikat Leny sejak dia mula membabitkan diri dalam perniagaan berkenaan. (Harga kira-kira RM25 juta sebuah, jika anda berkemampuan bolehlah tempah satu!).

Antara bangunan yang pernah dibinanya ialah Ritz Carlton Residences dan bangunan Scotts Spazio.

Ketika ini syarikat berkenaan juga terbabit dalam membangun dan mengendalikan hotel di Bali dan London.

Sumber Harian Metro 16/04/2013

200 Eleventh Avenue  |  Autoguide  |  Freshness  |  Hamilton Scotts  |  Hiconsumption  |  Q8allinone  |  The Presurfer  |  Topgear  |  Topspeed  |  Worldcarfans.com


0 comments:

Post a Comment