Saturday, March 02, 2013

Saintis guna teleskop rakam imej pembentukan planet

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Imej yang disiarkan oleh Balai Cerap Eropah di Chile
menunjukkan formasi planet daripada gas dan debu di
keliling bintang HD 100546.
SANTIAGO - Sepasukan ahli astronomi yang menggunakan teleskop berkuasa tinggi di selatan Chile kelmarin menemui imej pembentukan sebuah planet di sekeliling sebutir bintang.

Semasa imej tersebut dirakam, planet itu masih dalam bentuk gas dan debu tebal.

Pasukan penyelidik antarabangsa tersebut berkata, gugusan gas dan debu itu menyelubungi bintang dikenali sebagai HD 100546 yang berada pada jarak 335 juta tahun cahaya dari Bumi di Galaksi Bima Sakti.

"Sebelum ini, imej pembentukan planet hanya dilakarkan menerusi simulasi komputer," kata ketua pasukan saintis itu dari Universiti ETH Zurich, Sascha Quanz.

Menurutnya, beberapa ciri imej tersebut menyokong teori bahawa planet gergasi terbentuk dengan pemampatan saki baki gas dan debu selepas bintang terbentuk. - AFP

Sumber Kosmo Online 2/03/2013

Gizmag  |  NASA  |  Phys.org  |  Scientific American  |  Space.com  |  The Independent

0 comments:

Post a Comment