Thursday, February 07, 2013

Terjunan Baumgartner lebih laju

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Gambar fail menunjukkan Baumgartner terjun dari sebuah kapsul dari langit negeri California pada 14 Oktober tahun lalu. - AP

VIENNA - Penerjun udara Austria, Felix Baumgartner yang terjun di pinggir angkasa lepas Oktober tahun lalu jatuh pada kelajuan 1.25 kali ganda lebih pantas daripada bunyi, kata pihak penganjur semalam.

Sebelum ini, kiraan awal mendapati kelajuannya hanya 1.24 kali ganda lebih pantas daripada bunyi.

Menurut analisis terakhir pasukan Baumgartner, Red Bull Stratos, lelaki berusia 43 tahun itu mencecah kelajuan 1,357.6 kilometer sejam atau Mach 1.25 dalam terjunam bebas itu.

Menurut Red Bull Stratos, Persekutuan Aeronautik Antarabangsa kini menimbang untuk mengesahkan terjunam tersebut sebagai mencatat rekod dunia.

Baumgartner terjun dari sebuah kapsul pada ketinggian 38,969.4 meter di langit negeri California, Amerika Syarikat pada 14 Oktober tahun lalu dengan aksinya ditonton oleh berjuta-juta orang di kaca televisyen dan internet. - AFP

Sumber Kosmo Online 7/01/2013

Sila lihat entri terdahulu: Fearless Felix cipta rekod dunia

Bangkok Post  |  Examiner  |  First News  |  Foxnews  |  Gadling  |  Gizmodo  |  Global Post  |  Huffington Post  |  International Business Times  |  ITV  |  Los Angeles Times  |  Money Control  |  Newser  |  New York Post  |  Redbull.com  |  Red Orbit  |  Sky News  |  Tech Radar  |  ZDnet  |  Zeenews

0 comments:

Post a Comment