Sunday, February 10, 2013

Pembelian dalam-talian di Malaysia pada 2012

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Industri e-dagang di Malaysia semakin hari semakin popular, bukan sahaja lebih banyak kedai dalam-talian hadir, tetapi pengguna turut sama lebih yakin dan selesa membuat pembelian melalui internet.


Daripada OpenMinds Resources, mereka kini berkongsi sebuah infografik ringkas, memperlihatkan arena jual-beli atas-talian pada tahun lepas, sekaligus memperlihatkan apakah yang diminati pengguna tempatan.

Mengikut data yang dikumpulkan mereka, sebanyak 65% pengguna membuat pembelian dalam-talian, dan mereka selesa membelanjakan antara RM100 ke RM300 pada sesuatu kali melakukan pembelian.

Untuk mendapat idea keseluruhan, anda boleh merujuk laman OpenMinds Resources ataupun melihat pada infografik yang disertakan dibawah.

Sumber Gambar: OpenMinds Resources




0 comments:

Post a Comment