Wednesday, January 02, 2013

Sumbangan alat tulis untuk 11,160 pelajar Lembah Pantai

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR - Seramai 11,160 pelajar dari 13 buah sekolah rendah dan menengah di kawasan Lembah Pantai di sini menerima sumbangan alat tulis sempena sesi

persekolahan 2013 yang bermula hari ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata pemberian alat tulis itu adalah untuk menaikkan semangat pelajar khususnya mereka yang baru melangkah ke alam persekolahan.

"Kita mahu anak-anak ini gembira dan lebih bermotivasi selain bertujuan mengurangkan kos perbelanjaan ibu bapa yang mahu melengkapkan peralatan sekolah anak-anak," katanya pada lawatan ke Sekolah Kebangsaan Petaling 1 di sini, hari ini.

Antara sekolah yang menerima sumbangan itu ialah Sekolah Kebangsaan Petaling 1, Sekolah Kebangsaan Petaling 2, Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Sekolah Kebangsaan Seri Suria, Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya.

Pemberian alat tulis berkenaan yang merangkumi kotak pensel, pensel, pembaris dan pemadam dilaksanakan pada 2012 bermula di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya.

Sumber BERNAMA 2/01/2013

SK Petaling (1)


SK Petaling (2)

SK Bukit Pantai


SK Seri Suria

SMK Petaling


SMK Bukit Bandaraya



0 comments:

Post a Comment