Saturday, January 05, 2013

Polis SPS akan perluas Program 'Omnipresence' di sekolah

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Program 'Omnipresence' atau 'Blue & Green' berjaya
mengurangkan kadar jenayah di luar kawasan sekolah.
NIBONG TEBAL - Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) akan memperluaskan Program 'Omnipresence' atau 'Blue & Green' di sekolah menengah di daerah itu susulan kejayaan mengurangkan kadar jenayah di luar kawasan sekolah.

Ketua Polis SPS Supt Shafien Mamat berkata sejak diperkenalkan enam bulan lepas, empat sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman, SMK Tuan Syed Sheh Barakbah, SMK Valdor dan SMK Simpang Empat mencatatkan sifar jenayah.

Bercakap kepada pemberita selepas mengedarkan risalah keselamatan kepada murid Sekolah Kebangsaan Jawi, di sini Jumaat Shafien memberitahu antara jenayah yang sering berlaku di luar kawasan sekolah ialah pergaduhan, ugutan, dan kacau ganggu.

Sumber BERNAMA 4/01/2013

SMK Tunku Abdul Rahman
SMK Valdor
SK Jawi


SMK Syed Sheh Barakbah
SMK Simpang Empat







0 comments:

Post a Comment