Saturday, January 05, 2013

Pendaftaran pelajar Sekolah Integrasi Kuantan di tangguh ekoran tebing runtuh

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Hj. Rosland Hussein.
KUALA LUMPUR - Pendaftaran pelajar lama dan kemasukan pelajar baharu ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan, Pahang ditangguh kepada tarikh baharu berikutan berlaku tebing runtuh di kawasan sekolah itu baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia, Abdul Sharif Abdul Kadir dalam satu kenyataan berkata pendaftaran bagi pelajar lama akan dilakukan pada 13 Januari manakala pelajar baharu pada 14 Januari.

SBPI Kuantan.
Sementara itu Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia, Hj. Rosland Hussein berkata akibat kejadian itu pada 24 Disember lepas, bangunan kediaman asrama pelajar lelaki dan perempuan disahkan tidak selamat untuk diduduki oleh Jabatan Kerja Raya Kuantan dan pihak terbabit memerlukan masa tiga bulan untuk memperbaiki tebing itu.

"Dewan makan dan kuarters guru juga didapati tidak selamat untuk diduduki ekoran banjir kilat yang berlaku pada 24 Disember lepas yang menyebabkan tebing berhampiran sekolah itu runtuh," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, pihak sekolah sedang mencari penempatan sementara bagi menempatkan pelajar sebelum sesi persekolahan dibuka semula.

Sumber BERNAMA 4/01/2013

0 comments:

Post a Comment