Saturday, January 26, 2013

Operasi mandulkan awan untuk cegah hujan di Jakarta

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kesan banjir di Jakarta.
JAKARTA - Kawasan utara Jakarta diramal mengalami banjir pada Ahad ini akibat air pasang laut,
Hujan lebat di Jakarta.
dan bagi mengelak keadaan banjir menjadi lebih buruk jika hujan turun pada hari sama, usaha sedang dijalankan untuk menghentikan hujan melalui teknologi kejuruteraan untuk 'memandulkan awan'.

Peniaga dengan jualannya.
Unit Pelaksana Teknik (UPT) Hujan Buatan, Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), yang diberi tugas itu, bersiap sedia melakukan operasi itu menggunakan pesawat.

Sampan digunakan ketika banjir.
Ketua UPT Hujan Buatan BPPT F. Heru Widodo berkata pasukannya akan melakukan pengubahsuaian awan pada Sabtu kerana mengikut ramalan, pergerakan awan mulai 26 Jan hingga 28 Jan akan menyebabkan berlaku hujan lebat.

Kawasan rendah digenangi air.
"Untuk mencegah hujan lebat ini, kami sudah bersiap-siap untuk melakukan pengubahsuaian hujan untuk tempoh selama dua bulan," katanya seperti yang dipetik portal berita Media Indonesia, pada Jumaat.

Warna biru kawasan banjir.
Heru berkata kaedah pengubahsuaian yang akan diterap ialah persaingan, dan anggota pasukan itu akan memilih awan dari jenis kumulus di sekitar barat daya, barat laut, sebelah barat Pulau Jawa atau Wilayah Selat Sunda serta Anyer.

Mereka kemudian akan menyemai awan dengan cara menanam bahan mengandungi garam berukuran 2 hingga 5 mikron dengan bantuan pesawat, selain menggunakan sistem statik di darat melalui alat Ground Base Generator (GBG).

Ibu dengan anak meredah banjir.
Heru berkata lima GBG akan ditempatkan di sekitar Gunung Gede dan 25 lokasi di wilayah Jakarta untuk mengubah suai awan agar terpecah.

Beliau berkata apabila awan kumulus terpecah, seluruh awan akan bersaing, dan semakin banyak persaingan, maka banyaklah awan yang akan menjadi impoten atau mandul kerana tidak boleh menghasilkan air sama sekali.

Sumber BERNAMA 25/01/2013

0 comments:

Post a Comment