Wednesday, January 09, 2013

Mesyuarat Agung PIBG dan Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Datuk Hj Yusoff HM Haniff.
Ibu bapa / penjaga murid, Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20 adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi kali ke 40, sesi 2012/2013 dan majlis pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 untuk murid Tahap 2.

Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi melancar dan menjayakan kedua-dua majlis itu nanti.
Butirannya seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Januari 2013 (Sabtu).
Masa : 7.45 pagi - 12.30 tengah hari.
(Disekalikan dengan pendaftaran penerima
Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 untuk Tahap 2*).
Tempat : Dataran Ilmu, SK Jeram Batu 20.
Perasmian oleh :
YBhg. Datuk Hj Yusoff HM Haniff, P.G.D.K., D.I.M.P., J.M.N., P.J.K.,
Setiausaha Politik kepada YAB Timbalan Perdana Menteri.
Ringkasan Tentatif Program:
07:45 pg. - Pendaftaran ibu bapa / penjaga (ikut kelas anak masing-masing).
08:45 pg. - Mesyuarat Agung PIBG.
10:00 pg. - Majlis Ucapan dan Perasmian.
10:20 pg. - Rehat dan kudapan.
10:45 pg. - Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 Tahap 2*.
12:30 tgh. - Majlis bersurai.

* Catatan:
1. Warganegara Malaysia.
2: Bawa Kad Pengenalan asal ibu atau bapa atau penjaga.
3. Bawa Sijil Lahir asal anak.
4. Nyatakan Menerima atau Menolak.
5. Turunkan tandatangan.

0 comments:

Post a Comment