Saturday, January 05, 2013

Mengira haiwan bukanlah mudah

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments


Zuzana Matyasova di dalam kepungan penguin di Zoo London
pada kiraan tahunan haiwan. Lebih daripada 17,500 haiwan
termasuk burung, ikan, mamalia, reptilia dan amfibia dikira.
LONDON - Menentukan bilangan haiwan yang menghuni sesebuah zoo bukannya tugas mudah, apatah lagi bagi spesies haiwan kecil seperti burung dan serangga yang pastinya memerlukan ketelitian dan kesabaran.

Begitulah yang perlu dilalui sekumpulan petugas Zoo London, baru-baru ini, yang mengadakan bancian tahunan bagi menentukan jumlah haiwan yang terdapat di dalam zoo tersebut.

Tahun lalu, zoo itu mencatatkan jumlah keseluruhan 17,519 ekor haiwan daripada 767 spesies.

Meerkat berdiri di atas 'papan
kiraan' penjaga Tegan McPhail
semasa kiraan tahunan.
Pengarah Zoo London, David Field berkata, bancian tahunan, yang merupakan antara syarat bagi memperoleh lesen pengendalian zoo di Britain, amat penting dalam memastikan rekod yang diambil setiap hari tepat.

"Kesemua maklumat akan dihantar kepada pangkalan data global haiwan, Sistem Maklumat Spesies Antarabangsa (ISIS), yang merupakan asas kepada data baka dan semua program pembiakan antarabangsa," katanya.

Menurutnya, mengira jumlah haiwan mamalia tidak menjadi masalah, namun apabila mengira sekumpulan burung yang bebas terbang di dalam kawasan zoo, ia memerlukan pandangan yang tajam dan tepat.

Seekor burung hantu melihat
'papan kiraan' semasa dikira.
"Begitu juga dengan lebah dan beribu-ribu serangga yang terdapat di dalam zoo," katanya.

Field berkata, dalam kes-kes tertentu, pihaknya terpaksa 'menipu' dalam menentukan jumlah haiwan kerana spesies itu membiak terlalu cepat dalam tempoh yang singkat. - AGENSI

Sumber Utusan Online 5/01/2013

abc 15.com  |  Charlotte Observer  |  CTV News  |  Daily News  |  Dudley News  |  Express & Star  |  Fox News  |  Inside Bay Area  |  Mail.com  |  Straits Times  |  The Sun  |  Wtop


0 comments:

Post a Comment