Saturday, January 05, 2013

Lawat mengejut sekolah ‘panas’

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Mahamad Ali Hassan.
KUALA LUMPUR: Polis disaran menjalankan lawatan mengejut ke sekolah ‘panas’ di seluruh Malaysia bagi mengatasi masalah pembabitan remaja belasan tahun dalam geng samseng yang aktif melakukan jenayah.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Profesor Datuk Dr Mahamad Ali Hassan berkata, tindakan itu boleh dilakukan selepas polis mengenal pasti sekolah yang disyaki mempunyai pelajar terbabit aktiviti berunsur ‘gangsterism’ “Polis boleh mengambil langkah awal dengan mengadakan lawatan secara rawak dari masa ke masa. Mereka juga boleh meletakkan buku rekod lawatan untuk tujuan itu.

Logo PIBG Kebangsaan.
“Kami tidak mahu mewujudkan suasana tegang di sekolah, tetapi menggunakan pendekatan berhemah untuk mengesan ketua geng terbabit.

“Apabila individu terbabit dikenal pasti, langkah seterusnya untuk memulihkan pelajar bermasalah ini akan lebih mudah,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Harian Metro Rabu lalu melaporkan seorang remaja lelaki berumur 16 tahun dikesan merekrut rakan sekolah dan adik kandungnya untuk menyertai kumpulan samun diketuainya sebagai cara mudah mendapat wang belanja harian.

Sumber myMetro 5/01/2013

0 comments:

Post a Comment