Thursday, January 03, 2013

Dua sekolah masih ditutup akibat banjir: Puad

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Dr. Mohd Puad Zarkashi.

HULU TERENGGANU: Dua sekolah, masing-masing satu di Kelantan dan Terengganu masih ditutup akibat banjir, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Dua sekolah yang masih ditenggelami air itu ialah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Diniah di Rantau Panjang, Kelantan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Besut, Setiu di Terengganu.

Beliau berkata, sehingga kini hanya sebuah sekolah di Kelantan yang masih dijadikan pusat pemindahan banjir iaitu SK Bukit Awang.

"Bagaimanapun, SK Bukit Awang tetap meneruskan sesi persekolahan seperti biasa kerana hanya terdapat 15 mangsa banjir yang ditempatkan di sekolah itu," katanya pada sidang media sempena lawatan hari pertama sesi persekolahan 2013 di SK Tengku Ampuan Intan di sini, hari ini.

SK Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Agama Mahmudiah dan SK Bukit Tadok di Hulu Terengganu adalah antara sekolah yang baru memulakan penggal persekolahan baru hari ini setelah ditutup dua hari akibat banjir.

Sumber BERNAMA 3/01/2013

SABK Diniah


SK Kampong Besut

SK Bukit Awang


SK Tengku Ampuan Intan

SABK Mahmudiah


SK Bukit Tadok


0 comments:

Post a Comment