Tuesday, January 15, 2013

Audi memperlihatkan kereta yang dipandu automatik – dikawal menggunakan aplikasi

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kereta yang dipandu automatik menjadi perbualan akhir-akhir ini, dimana selepas Google memperlihatkannya pada tahun lepas, Toyota pada awal minggu ini, kini Audi turut sama melakukan perkara sama.

Namun, berbeza dengan kenderaan daripada Google ataupun Lexus yang disertakan dengan sebuah kamera dengan pengesan pada bahagian atas, untuk kereta Audi, ia sedikit berbeza, dan bergantung kepada pengesan di dalam bangunan.

Konsep daripada Audi juga berbeza, dimana ia lebih memfokuskan kepada meletakkan kereta secara automatik didalam bangunan, dan menyertakan sebuah aplikasi, dimana apabila anda menekan sebuah butang khas pada peranti mudah-alih anda, kereta tersebut terus dipandu secara automatik ke lokasi anda.

Memandangkan semuanya masih dalam peringkat konsep awal, mungkin kita akan dapat melihat perkembangan positif dalam arena ini dalam bulan-bulan akan datang.

Sumber Rujukan:  Audi Parking System  | The Verge 1  |  The Verge 2

India Market Price

0 comments:

Post a Comment