Monday, December 31, 2012

Guru wanita tiada masalah kewangan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

SATU kajian yang dijalankan bagi mengukur tahap kewangan guru wanita di negara ini mendapati tahap kesukaran kewangan golongan tersebut adalah rendah manakala kesejahteraan kewangan mereka pula berada di tahap sederhana.

Kajian itu yang dibentangkan dalam kertas kerja bertajuk 'Kesukaran dan Kesejahteraan Kewangan: Kajian Kes Guru Wanita' oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Zaimah Ramli memilih 325 orang guru wanita di Bandar Baru Bangi sebagai responden.

Guru wanita difokuskan dalam kajian itu kerana mereka mewakili hampir 70 peratus daripada jumlah keseluruhan guru yang terdapat di Malaysia.

Berdasarkan statistik Kementerian Pelajaran setakat 31 Januari lalu, jumlah guru wanita adalah sebanyak 285,299 orang.

"Hasil kesimpulan yang dilakukan daripada kaji selidik guru-guru wanita di Bandar Baru Bangi mendapati golongan tersebut tidak menghadapi masalah kesukaran kewangan serius namun kajian mencadangkan agar beberapa perkara perlu diberi perhatian bagi mengelak kesulitan kewangan pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja dalam International Conference on Social Sciences and Humanities 2012 di UKM, Bangi, Selangor baru-baru ini.

Menurut Zaimah, terdapat petunjuk berlakunya masalah ketidakcukupan wang dalam kehidupan harian guru yang mungkin disebabkan peningkatan kos sara hidup di bandar.

"Hal ini dikesan dalam perkara 'menggunakan simpanan untuk keperluan harian' yang menunjukkan peratusan tertinggi iaitu pada skala 'jarang-jarang'," jelasnya.

Perkara lain yang wajar diberi perhatian dalam aspek kewangan guru wanita adalah 'berbelanja melebihi 20 peratus daripada gaji untuk bayaran ansuran' pada skala 'tidak pernah'.

"Kegagalan mengurus wang serta membezakan antara keperluan dan kehendak boleh menyebabkan guru terjebak dalam situasi beban kewangan yang serius," katanya.

Selain itu, ujarnya, faktor lain yang perlu diberi perhatian ialah 'menyimpan kurang 10 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan' pada skala 'ja- rang-jarang' dan 'kadang-kadang'.

"Merujuk kepada pakar kewangan peribadi, setiap individu perlu menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bulanan bagi menjamin keteguhan dan kesejahteraan kewangan.

"Namun pada masa yang sama, kajian tidak mengenal pasti punca kegagalan sebahagian guru-guru wanita ini menyimpan pada kadar ditetapkan," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan beberapa contoh tingkah laku kewangan positif yang penting dan perlu diamalkan setiap individu seperti mempunyai belanjawan peribadi dan mematuhinya, membuat simpanan secara konsisten, mengurangkan pinjaman terutama pinjaman peribadi, amalan membayar bil-bil utiliti dan ansuran bulanan tepat.

Kajian dijalankan ke atas purata guru wanita berusia 40 tahun dan separuh atau 44.3 peratus berusia 35 hingga 45 tahun dengan 92 peratus sudah berkahwin manakala 85 peratus pula daripada mereka berpendidikan lepasan universiti.

Bagi tempoh perkhidmatan, purata daripada responden sudah berkhidmat selama 15 tahun dan hampir 30 peratus berkhidmat melebihi 20 tahun.

Dari segi purata pendapatan, guru wanita merekodkan pendapatan sebanyak RM4,450 sebulan dengan 70.2 peratus mencatatkan pendapatan pada RM3,500 hingga RM4,500 sebulan manakala 27 peratus pula menikmati pendapatan melebihi RM4,500.

Sumber Utusan Online 31/12/2012

Gajah bermain bola sepak

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Beberapa ekor gajah menyertai acara bermain bola
sepak di Sauraha pada Jumaat lalu.
SAURAHA, Nepal - Lapan ekor gajah bermain bola sepak dalam pertandingan gajah terbaik yang diadakan di sini baru-baru ini.

Pertandingan tersebut diadakan selama tiga hari yang bermula pada Rabu lalu dan berakhir Jumaat lepas.

Selain bermain bola sepak, haiwan-haiwan itu perlu menyertai acara lain seperti gajah tercantik.
Gajah melambung bola sepak semasa
perayaan tahunan Gajah.

Haiwan-haiwan tersebut dikalungkan bunga dan mempunyai corak lukisan pada acara gajah tercantik itu.

Setiap haiwan itu dikendalikan oleh pengembala. - Agensi

Sumber Kosmo Online 31/12/2012


Daily News  |  MSN Now


Sunday, December 30, 2012

Permaisuri Agong sampaikan bantuan persekolahan kepada anak yatim

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

ALOR SETAR - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyampaikan bantuan persekolahan kepada 306 orang anak yatim dari empat daerah di Kedah.

Penyampaian bantuan sumbangan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Bahiyah (YASH) itu berlangsung di Istana Seri Pelangi di sini.

Anak-anak yatim tersebut adalah pelajar sekolah rendah dan menengah dari daerah Kuala Muda, Sik, Baling dan Kota Setar.

Pada majlis itu baginda juga berkenan memberi sumbangan khas kepada anak-anak yatim yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012.

Ahli Lembaga Pengarah YASH Datuk Rosli Awang berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban keluarga anak-anak yatim dalam menyediakan persiapan persekolahan.

Sumber BERNAMA 30/12/2012

Selamat Tahun Baru 2013

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Guru Besar dan seluruh warga sekolah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua, tidak kira di mana sahaja anda berada. Marilah kita terus mengamalkan perpaduan, sikap hormat menghormati antara kaum dan mengukuhkan kerjasama antara kita.

Sesunguhnya perpaduan dan keamanan yang dibina di atas semangat persefahaman dan penerimaan antara kaum adalah prasyarat utama untuk negara kita terus berkembang maju.


Kepada guru-guru dan seluruh warga sekolah, berusahalah dengan lebih gigih lagi bagi meningkatkan tahap kecekapan dan profesionalisme dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anak-anak didik kita, sama ada di bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum, dalam sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.

Pihak sekolah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima-kasih kepada anda semua warga pendidik dan juga staf bukan guru di sekolah ini khasnya dan seluruh warga pendidikan di mana sahaja berada yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan tadbir urus di sekolah pada masa lalu, terkini dan masa mendatang.

Alhamdulillah, pihak sekolah mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), walaupun dari segi bilangan calon mendapat semua 'A' belum boleh dibanggakan, pencapaian keseluruhan kita adalah lebih baik berbanding tahun-tahun yang lalu. Ini sekaligus membuktikan bahawa usaha gigih semua pihak terutamanya para pendidik dalam melaksanakan tugasan telah menunjukkan hasil yang membanggakan.


Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa dan penjaga serta masyarakat setempat yang amat mengambil berat, penuh keprihatinan tentang pendidikan anak-anak dan memberikan sokongan padu kepada pihak sekolah dalam meningkatkan mutu pencapaian pendidikan anak-anak.

Kepada semua anak-anak didik kami, belajarlah bersungguh-sungguh tanpa mengenal rasa letih dan jemu untuk menimba seberapa banyak ilmu yang ada, sama ada di sekolah, di rumah mahupun di mana sahaja, dalam apa cara sekalipun, kerana ilmu yang diperolehi akan merubah taraf hidup anda dan keluarga di masa akan datang.

Akhir kata,  marilah kita bersama-sama mengatur langkah menuju 2013 dengan penuh azam, tekad dan semangat untuk memberikan sumbangan yang terbaik kepada anak-anak didik, sekolah kita dan tanahair tercinta, Malaysia.

Terima-kasih. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.

Ikhlas dari,
Guru Besar dan seluruh warga
Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20,
45800 Jeram. Selangor.

JPN Kelantan putuskan pada Isnin status sekolah terlibat banjir

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Hussain Awang.
KOTA BAHARU - Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan akan memutuskan pada Isnin ini mengenai kedudukan sekolah-sekolah yang terlibat dengan banjir, kata Pengarahnya Hussain Awang.

"Isnin ini akan kita putuskan sama ada sekolah yang terlibat akan dibuka pada Selasa ini atau sebaliknya," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini di Tumpat, empat sekolah masih digenangi air manakala tiga sekolah dijadikan pusat pemindahan banjir.

Sekolah yang dinaiki air ialah Sekolah Kebangsaan Simpangan, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Telok Jering, dan Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, katanya.

Sekolah yang masih dijadikan pusat pemindahan banjir adalah Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1 dan 2 serta Sekolah Kebangsaan Bunohan.

Sumber BERNAMA 29/12/2012

SK Simpangan


SK Telok Jering

SK Pulau Beluru


SK Pengkalan Kubor (1)

SK Pengkalan Kubor (2)


SK Bunohan

Saturday, December 29, 2012

Terengganu beri tumpuan Bahasa Inggeris dan Sains mulai tahun depan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA TERENGGANU - Bermula tahun hadapan, kerajaan negeri Terenggau akan memberi penekanan kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains kerana dua subjek berkenaan merupakan penyebab kegagalan negeri itu mengekalkan kedudukan nombor satu pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata arahan telah dikeluarkan kepada Pejabat Pelajaran Negeri supaya memulakan kelas tambahan, kem atau program motivasi dengan penekanan kepada dua mata pelajaran berkenaan.

"Begitu juga di peringkat peperiksaaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), kita mahu subjek Bahasa Inggeris dan Sains diberi tumpuan utama.

"Ada juga cadangan beberapa pihak untuk mengadakan program Bahasa Inggeris berbentuk digital bagi meningkatkan keupayaan pelajar," katanya kepada pemberita di sini Sabtu, selepas merasmikan Program Jom Ke Sekolah.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga telah meluluskan RM11 juta bagi meneruskan Program Pembangunan Negeri Anjung Ilmu.

"Kita juga bercadang pada tahun depan (2013) untuk memberi pengiktirafan kepada sekolah yang mencapai 20 peratus A pada UPSR, 10 peratus A (PMR), 5 peratus A (SPM) dan 2 peratus A (STPM)," katanya.

Sumber BERNAMA 29/12/2012

CUEPACS mahu kerajaan umum jadual gaji secepat mungkin

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR: Cuepacs hari ini mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji yang lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap.

Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng, berkata dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' tahun depan.

"Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji yang lengkap, bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam Bahasa Inggeris mengajar di sini merupakan cadangan yang baik.

Beliau berkata kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea serta amalan baik dengan guru di negara ini bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

"Tetapi, untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk satu kumpulan guru yang betul-betul berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh berkongsi idea, kefasihan dalam Bahasa Inggeris dengan negara luar," katanya.

Sumber BERNAMA 29/12/2012

Polis tahan lelaki curi barangan berharga dalam kereta guna 'Remote Decoder'

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Bukti... Zainuddin menunjukan peralatan
elektronik yang digunakan suspek.
KUALA LUMPUR - Bermodalkan alat elektronik 'Remote Decoder' mudah bawa buatan Taiwan, seorang lelaki menjalankan kegiatan jenayahnya dengan mencuri barangan berharga milik mangsa yang diletakkan di dalam kereta.

Menjalankan kegiatan tersebut secara berseorangan, lelaki tempatan berusia 36 tahun itu menggunakan modus operandi dengan memintas frekuensi penggera kereta menggunakan Remote Decoder tersebut sebelum mencuri barangan berharga di dalam kereta mangsa.
200m.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata taktik lelaki itu bagaimanapun terbongkar selepas polis melakukan serbuan di sebuah kondominium di Petaling Jaya pukul 2 petang, 13 Dis lepas hasil intipan dan maklumat orang awam.

100m.
"Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut, polis menemui satu alat yang dipercayai Remote Decoder Elektronik yang digunakan oleh suspek untuk mematikan sistem penggera kenderaan mangsa.

"Polis turut menjumpai empat komputer riba, satu external hard disk serta pelbagai dokumen milik individu lain yang dipercayai dicuri oleh lelaki tersebut," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Sumber BERNAMA 28/12/2012

Friday, December 28, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Dibentang Ke Kabinet Pada Januari

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan dibentang kepada Kabinet Januari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelan yang lengkap kemudiannya akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapat restu peringkat tertinggi itu, bagi pelaksanaannya tahun depan.

"Pelan yang kini berada di peringkat akhir setelah menerima laporan dan pandangan daripada pelbagai pihak, sudah diterima supaya ianya dapat dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

"Kita sudah banyak membuat perbincangan. Saya fikir tidak ada satu pihak yang terkecuali.

"Jadi langkah ini agak komprehensif dan lengkap dan sudah disediakan. Malahan kita tambah baik lagi kalau ada kekurangan kita lihat dalam tempoh dua tiga bulan lepas," katanya pada sidang akhbar selepas majlis interaksi bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik Muda di sini, pada Jumaat.


September lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.

Antara yang digariskan adalah menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa, memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni dan menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan.

Mengenai bantahan pihak tertentu termasuk Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Muhyiddin berkata kementerian tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

"(Tetapi) kita sudah ambil kira semua. Malah pandangan Dong Zong pun sebahagiannya sudah diambil kira tentang status sekolah Cina, bantuan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

"Bukan tujuan kita sediakan blue print untuk puaskan Dong Zong, tetapi yang penting memuaskan rakyat," katanya.

Sumber BERNAMA 28/12/2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Bantuan Khas Awal Persekolahan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan.

Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak September lalu telah meluluskan peruntukkan RM540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus warganegara Malaysia, bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi persekolahan tahun 2013. Dokumen yang diperlukan adalah kad pengenalan ibu bapa atau penjaga dan sijil lahir anak.

Pihak sekolah perlu memastikan ibu bapa atau penjaga menurunkan tanda tangan ke atas Senarai Akuan Penerimaan atau Penolakan Bantuan dengan disaksikan dua guru sebagai saksi.

Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang akan berpindah sekolah perlu meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti.

Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, sekolah diminta mendahulukan peruntukkan sedia ada sekolah seperti wang SUWA atau lain-lain peruntukan sekiranya peruntukkan asal tidak mencukupi.

Pengetua atau guru besar dinasihatkan memohon secara rasmi perkhidmatan polis pengiring daripada Ketua Polis Daerah di negeri masing-masing dalam urusan pengeluaran wang melebihi jumlah RM10,000.

Tiada sebarang bayaran sekolah sepanjang Januari

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Ibu bapa / penjaga adalah dimaklumkan bahawa, tiada sebarang kutipan bayaran sekolah dibuat sepanjang bulan Januari 2013.

Ini termasuklah antaranya sumbangan PIBG, bayaran Program Transisi Tahun 1, fail PBS KSSR murid Tahun 1, sumbangan persekolahan untuk murid Pendidikan Khas, bayaran kelas tambahan Tahun 6 dan lain-lain.

Untuk buku tulis dan keperluan lain seperti lencana, tanda nama, alat tulis dan lain-lain; ibu bapa / penjaga boleh membelinya di kedai buku sekolah

Sekadar pengetahuan, saksikan video mata wang baharu Malaysia 2012 ...

Thursday, December 27, 2012

Internet sebabkan 'otak mati'

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

LONDON - Seorang pencipta radio klasik, Trevor Baylis memberi amaran kepada generasi muda yang terlalu bergantung kepada Internet boleh mengakibatkan 'otak mati'.

Katanya, kanak-kanak yang terlalu bergantung kepada penggunaan internet akan kehilangan kreativiti dan kemahiran kerana terlalu lama menghabiskan masa di hadapan skrin komputer.

Baylis berkata, dia bimbang generasi akan datang tidak tahu melakukan apa-apa dengan cara semulajadi dan menggunakan tangan.

Bagaimanapun dia berkata, generasi muda boleh mendapatkan kemahiran sekiranya sekolah menggunakan sistem pembinaan model dan lain-lain mainan praktikal.

"Kanak-kanak perlu didedahkan secara semulajadi dan bukannya belajar menerusi telefon bimbit atau pergantungan daripada komputer.

"Generasi muda hari ini bergantung sepenuhnya kepada pencarian Google. Keadaan ini menjadikan otak mereka mati dan tidak mampu melakukan sesuatu dengan cara yang lama,'' katanya.

Mengimbas kembali bagaimana dia memulakan kerjayanya, pencipta radio yang berusia 75 tahun itu, berkata dia mula mencipta peranti pada usia lima tahun.

"Suatu hari, seorang perempuan memberikan kotak yang berisi model pembinaan untuk dia menghasilkan sesuatu berdasarkan kreativitinya sendiri,'' ujarnya.

Jelasnya, penggunaan model pembinaan mampu meningkatkan kreativiti seseorang.

Beliau percaya bahawa cabaran mudah pada model pembinaan akan memberikan generasi muda hari ini kemahiran dan idea yang tidak ternilai. - AGENSI

Sumber Utusan Online 27/12/2012

Laporan polis secara online mulai 2013 - Khalid

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

SABAK BERNAM 27 Dis. - Orang ramai boleh membuat laporan polis secara sistem dalam talian (online) melalui sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan dilancarkan tahun depan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penggunaan sistem tersebut diperkenalkan seiring dengan kemajuan teknologi serta kemudahan internet yang lebih pantas dan mudah digunakan.

"Sistem laporan secara onlineini kita wujudkan selaras dengan penggunaan internet yang kini semakin meluas penggunaannya oleh segenap lapisan masyarakat.

"Dengan adanya sistem laporan ini, orang ramai tidak perlu lagi untuk pergi ke balai polis sebaliknya boleh membuat laporan di mana-mana sahaja mereka berada. Langkah ini akan menjimatkan masa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran Jenayah Peringkat Daerah Sabak Bernam, Pekan Sungai Besar, di sini hari ini.

Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan dan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Mohammad serta kira-kira 1,000 penduduk di daerah berkenaan.

Pada masa yang sama, mengulas lanjut mengenai sistem tersebut, Khalid memberitahu portal rasmi pelaksanaan sistem itu dirangka dan dibangunkan oleh Unit Pemodenan tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Sumber Utusan Online 27/12/2012

Pelanggan Asda terlepas denda kerana kesalahan lucu

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Asda, Nuneaton.
LONDON: Gara-gara terlalu terdesak untuk membeli-belah, seorang pemandu tergamak meninggalkan keretanya di kawasan meletak troli pasar raya Asda.

Pemandu terbabit cuma dikenali sebagai Jim bersusah-payah memasukkan kereta Peugeot 107 miliknya ke kawasan sempit itu selepas mendapati tiada lagi kawasan meletak kenderaan yang kosong.

Tindakan Jim itu menarik perhatian orang ramai.

Peugeot 107 depan.
Walaupun sepatutnya didenda £75 (RM371), kakitangan Asda di Nuneaton, Warwickshire, memaafkan Jim selepas mendapati kesalahan itu sangat lucu. Jim berkata, dia ke pasar raya itu hanya untuk membeli minuman.
Peugeot 107 belakang.

“Kenderaan terlalu banyak dan saya terfikir meletakkan kereta saya di tempat troli kerana ia memang kosong,” katanya. Jim mengakui dia mengalami kesukaran untuk keluar dari keretanya.

“Ketika mahu pulang, ramai orang, termasuk pengurus pasar raya, mengerumuni kereta saya,” katanya. - TS

Sumber myMetro 27/12/2012

Sesi Persekolahan Boleh Ditangguh Sehingga Banjir Pulih - Muhyiddin

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan isterinya,
Datin Seri Noorainee Abdul Rahman melihat kanak-kanak mangsa banjir
menjalankan aktiviti mewarna di pusat pemindahan di Sekolah Menengah
Bukit Mentok, Kemaman, pada Khamis -- foto BERNAMA.
KEMAMAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sesi persekolahan bagi sekolah yang dijadikan pusat penempatan mangsa banjir yang sepatutnya bermula 1 Jan ini akan ditangguhkan sehingga banjir kembali pulih.

Beliau berkata penangguhan itu hanya melibatkan sekolah yang dilanda banjirdan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun berkata penangguhan sesipersekolahan itu tidak membabitkan sekolah yang terselamat daripada bencana itu.

"Sekolah yang digunakan sebagai pusat pemindahan (mangsa banjir) tak perludibuka awal (1 Jan), lewat sehari dua pun tak apa.

"Kalau banjir surut, boleh buka (sekolah) semula, manakala sekolah-sekolahyang tak terlibat dengan banjir akan dibuka seperti biasa," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan sebahagian daripada mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mentok dekat sini Khamis.

Beliau turut meninjau keadaan banjir di SK Bukit Mentok yang terletak berdekatan serta kawasan sekitar yang dilanda bencana itu.

Kunjungan Muhyiddin ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Norliza Mahmud serta Menteri Belia dan Sukan merangkap Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Turut hadir, Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Pusat penempatan banjir di SMK Bukit Mentok di sini menempatkan 5,879 penduduk melibatkan 1,365 keluarga.

Muhyiddin berkata pihaknya juga menyerahkan kepada semua pengarah pelajaran negeri untuk memutuskan sama ada perlu menangguhkan sesi persekolahan murid pada1 Jan.

"Kita dah arah pengarah-pengarah pelajaran negeri buat keputusan sendiri untuk tangguh dulu persekolahan, tengok pada keadaan," katanya.


Sumber BERNAMA 27/12/2012

Wednesday, December 26, 2012

Insurans Kemalangan Pelajar Sekolah Rendah, Menengah mulai 2013 - Syed Hamid

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan diberi perlindungan skim insurans bermula Januari depan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Syed Hamid berkata skim dikenali sebagai skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had sebanyak RM100,000 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najid Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 September lepas di Parlimen.

Katanya SPAD telah membuka tender kepada syarikat insurans yang berminat untuk menghantar kertas cadangan yang disertakan dengan sebut harga untuk perlindungan skim insurans itu.

"Kita akan memilih syarikat insurans yang mengemukakan kertas cadangan yang terbaik serta sebut harga yang munasabah bagi tujuan itu sebelum dilantik sebagai penyedia skim insurans.

"Kita sasarkan apabila sekolah dibuka tahun depan, semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan diinsuranskan sebagai perlindungan sekiranya berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat antara SPAD dan Pengusaha Bas Bentong dan Temerloh di sini pada Rabu.

Sumber BERNAMA 26/12/2012

Sesi Persekolahan 2013 mungkin ditangguh bagi sekolah-sekolah dilanda banjir

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan 2013, yang akan bermula 1 dan 2 Jan nanti mungkin akan ditangguhkan bagi sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan) Hj Sufa'at Tumin berkata keputusan itu akan ditentukan Pengarah Pelajaran Negeri berdasarkan maklumat yang diterima melalui Majlis Keselamatan Negara dan Bilik Gerakan Banjir Negeri.

"Kita akan tengok keadaan. Tapi setakat ini kita masih belum buat sebarang keputusan kerana ada seminggu lagi sebelum sekolah bermula, mungkin banjir sudah surut dan sekolah dapat berjalan seperti biasa pada masa itu," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Sufa'at berkata persiapan yang sepatutnya juga sudah diambil bagi memastikan kelengkapan di sekolah tidak rosak akibat banjir termasuk kerusi, meja dan komputer.

Bagi sesi persekolahan kali ini, Sufa'at berkata Kelantan, Terengganu dan Kedah akan memulakan sesi persekolahannya pada Selasa depan dan berakhir 31 Dis tahun depan, sementara negeri-negeri lain akan bermula Rabu depan dan berakhir 1 Jan 2014.

Sumber BERNAMA 26/12/2012

Sila lihat entri terdahulu:  15 sekolah di Terengganu mungkin ditutup sementara jika banjir belum reda  | JPS: Radar baharu bantu atasi banjir kilat  |  Tips ketika menghadapi banjir

15 sekolah di Terengganu mungkin ditutup sementara jika banjir belum reda

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 15 sekolah di seluruh Terengganu berkemungkinan terpaksa ditutup sementara sekiranya kawasan itu terus dilanda banjir apabila sesi persekolahan 2013 bermula enam hari lagi.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Hussin berkata pihaknya telah bersedia dengan pelbagai kemungkinan akibat banjir besar yang melanda negeri itu yang dikatakan terburuk sejak 10 tahun lalu.

"Jika banjir masih belum reda, sesi persekolahan 2013 melibatkan sekolah yang akan ditangguhkan dan akan diganti setiap hari Sabtu seperti mana yang pernah berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Sehingga kini, guru dan kakitangan di sekolah yang terjejas telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyelamatkan harta benda sekolah dan dokumen penting ke tempat yang selamat," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa akan mendapatkan maklumat daripada Pejabat Pelajaran Daerah, balai polis atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengenai status banjir di sekolah anak mereka.

Terengganu akan memulakan sesi persekolahan pada 1 Januari 2013 (Selasa) depan.

Sumber BERNAMA 26/12/2012

Sila lihat entri terdahulu:  JPS: Radar baharu bantu atasi banjir kilat  |  Tips ketika menghadapi banjir

Theodoros Tziatzios dari Real Creations, 100 kamera perklik

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments


Theodoros Tziatzios dari Real Creations telah menghasilkan teknik pengambilan gambar dengan 100 buah kamera.

Menghasilkan gambar dengan sudut setengah lingkaran bahkan satu lingkaran penuh.

Teknik Theodoros lebih unik dan lebih halus, lebih terperinci kerana kamera yang dipakai lebih banyak.

Sepanjang 13 hari, sebanyak setengah juta gambar dirakamkan bagi menghasilkan 3,000 video pembekuan masa.


Seperti tertera di gambar atas dengan 100 kamera, terlihat 'membekukan waktu' seperti dibawah ini.


A Moment In Time from Real Creations on Vimeo.

Video dibawah ini paling lengkap



Timefreeze Worx | 2009 from Real Creations on Vimeo.

Tuesday, December 25, 2012

Sedia kaji imbuhan khas guru, pensyarah

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Mohd Puad Zarkashi.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran sedia mengkaji saranan memberi imbuhan khas termasuk kenaikan gaji kepada 30,000 guru dan pensyarah di sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) yang mempunyai ijazah lanjutan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian akan terus berusaha memperbaiki laluan kerjaya guru supaya dilihat lebih menarik setimpal dengan bebanan tugas mereka.

Ambil berat kebajikan

Katanya, kementeriannya juga tidak pernah mengabaikan dan sentiasa menitik berat kebajikan guru di atas sumbangan besar mereka sebagai warga pendidik.

Kelulusan bergantung JPA

Hashim Adnan.
Bagaimanapun katanya, sebarang kelulusan bergantung kepada persetujuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbendaharaan kerana ia membabitkan kewangan kerajaan.

Kementerian sedia kaji saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan itu. NUTP boleh mengemukakan cadangan lebih konkrit untuk kajian, katanya.

Semalam, Presiden NUTP, Hashim Adnan meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan memberi imbuhan dengan memberi kenaikan dua tangga gaji kepada lulusan ijazah lanjutan dan tiga tangga gaji bagi pemegang doktor falsafah (Ph.D).

Katanya, ini berikutan ramai guru dan pensyarah menyahut seruan kementerian untuk memperoleh ijazah lanjutan, demi transformasi pendidikan negara.

Sumber BH Online 25/12/2012