Monday, October 29, 2012

Durian Belanda - pencegah kanser

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Juga dikenali sebagai Soursop, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano, Corossol atau nama saintifiknya Annona muricata L.

Dikatakan sebagai pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang, tidak tajam; mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya, dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati. Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai antibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Durian belanda banyak mengandungi vitamin C, B1 dan B12. Dikenali dengan buah sirsak di Indonesia, juga kaya dengan karbohidrat, terutama fruktosa, bahan amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Eidul Adha 1433H

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir batin

Rumah Api Kuala Selangor kini melebihi 100 tahun

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments


Rumah Api Bukit Melawati, Kuala Selangor terus kukuh meskipun sudah berusia lebih 100 tahun. Selain menjadi pedoman kepada pelayar Selat Melaka, rumah api itu turut berperanan menjadi penanda pintu laluan keluar masuk ke perairan di situ.

Sejarah rumah api di Malaysia bermula sejak zaman penjajahan Inggeris dan dari tahun 1826, rumah api di pesisiran pantai negara dikenali sebagai 'The Straits Settlements Lighthouses'.

Dikenali sebagai Rumah Api Altingsburg sempena nama seorang Gabenor Belanda. Ia dibina pada tahun 1907 dan beroperasi secara rasmi pada tahun 1910. Ketinggian rumah api tersebut adalah 25.3 meter dari dasar laut dan 27 meter dari darat dengan sinaran lampunya mampu memancar sehingga 56 kilometer.

Lampu ini akan berpusing dan berkelip dua kali setiap 15 saat. Ia dijana kuasa elektrik sepenuhnya tetapi pada era awal ia beroperasi, lampu ini menggunakan minyak tanah dan generator.

Lampu dari rumah api ini akan dipasang dari jam 7.00 malam sehingga 6.00 pagi setiap hari.

Beberapa perincian yang disediakan oleh Jabatan Laut Semenanjung Malaysia (Wilayah Tengah) mengenai rumah api ini:

- Ciri-ciri Lampu : Fi (2) 15 Saat (FI (2). W. 15 s)
- Julat Penglihatan : 18 Batu Nautika (18 n.m)
- Ketinggian Lampu : 73 Meter (atas paras APPM)
- Ketinggian Bangunan : 27 Meter
- Tahun Dibina : 1907
- Kedudukan : Lat. 03° 20.5' N  Long. 101° 14.7' E

Sila lihat video:
Diposkan oleh individu lain di internet.

Monday, October 22, 2012

Guru perlu fahami Pentaksiran Berasaskan Sekolah

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments


BAHAGIAN Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran berdepan tugas berat bagi melengkapkan kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, pihaknya perlu menyediakan program latihan yang sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap perlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih berkualiti.

Menurutnya, guru perlu dilengkapi dengan latihan kemahiran yang memenuhi tahap perlaksanaan PBS sebelum sistem pembelajaran baharu tersebut dilaksanakan sepenuhnya tahun depan.

"Paling penting, guru perlu memahami konsep perlaksanaan sistem PBS ini kerana jika tidak faham, macam-macam masalah yang mungkin akan ditimbulkan oleh guru misalnya pertambahan bebanan kerja dan lain-lain isu, " katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi.

Ia mula dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2011 dan dijadualkan menjelang tahun 2016, murid-murid sekolah rendah akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah ditambah baik.

Tegasnya, selain guru, para ibu bapa juga perlu diberikan pemahaman yang jelas mengenai perlaksanaan PBS agar tidak timbul kecelaruan dengan membuat tanggapan negatif terhadap sistem pembelajaran baharu itu.

Sumber Utusan Online 22/10/2012

Saturday, October 20, 2012

Lawatan sambil belajar ke Melaka

BY SK Jeram Batu 20 Selangor 2 comments

Muzium TLDM.
Pada hari Sabtu 20/10/2012 yang lalu, seramai 61 orang murid dari keluarga Asnaf sekolah ini diiringi oleh 11 orang guru dengan 2 buah bas telah melakukan lawatan sambil belajar secara percuma termasuk makan dan minum ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Berikut adalah antara tempat-tempat menarik yang terdapat di Melaka.

Muzium TLDM

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak berhadapan dengan Muzium Samudera (replika Kapal Flor de La Mar). Muzium TLDM dipindahkan dari pangkalan asalnya di Lumut ke Melaka agar pelawat dapat maklumat yang lebih terperinci mengenai peranan dan sumbangan TLDM kepada negara. Di kawasan muzium ini juga terdapat Kapal ex-KD Sri Terengganu iaitu di antara kapal peronda TLDM pertama yang ditempah oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan telah ditauliahkan pada tahun 1963.

Kota A Famosa.
Kota A Famosa

Bermaksud “Yang Termasyhur” dalam bahasa Portugis. Dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Bangunan Stadthuys

Bangunan Stadthuys.
Dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650, merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadthuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Menempatkan Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.

Menara Taming Sari.
Menara Taming Sari

Merupakan menara pemandangan setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia.  Dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan rekabentuk Keris Taming Sari. Ia mampu memuatkan sehingga 80 orang dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Dataran Pahlawan
Dataran Pahlawan
Makan-makan, ole-ole dan macam-macam. Daya tarikan baru yang dibangunkan oleh kerajaan Melaka. Di bahagian atasnya terpusat tempat menjual cenderahati dan di dalam bangunan ini pula ialah pusat membeli belah yang menempatkan kedai-kedai berjenama popular. Di seberang jalan terdapat satu lagi pusat membeli belah lama yang juga masih popular iaitu Mahkota Parade.
Melaka River Cruise.

Melaka River Cruise

Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu di Kampung Morten dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.

Jonker Walk

Jonker Walk.
Mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Walk. Untuk merasai kemeriahannya, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Terdapat juga hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.

Taman Mini Malaysia & ASEAN.
Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN

Kedua-duanya terletak di Ayer Keroh, Melaka, merupakan sebuah kompleks tema yang mengagumkan bagi membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga ke Perlis dengan hanya satu lawatan.

Taman Mini ASEAN pula, pengunjung dapat mempelajari dan mengetahui dengan lebih terperinci lagi mengenai sejarah dan kebudayaan negara-negara ASEAN dengan melawat setiap replika rumah yang dibina di taman ini.

Taman Botanikal

Taman Botanikal.
Ditubuhkan pada 1 Jun 2006, dahulunya Taman Botanikal terkenal sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh yang mempunyai keluasan 92.5 hektar.

Merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menawarkan kedamaian dan ketenangan. Kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan. 300 spesis flora dan fauna. Antara tarikannya ialah Taman Keladi, Taman Orkid, Taman Helicornia, Taman Buluh dan Taman Herba.

Dataran Sejarah.
Dataran Sejarah Melaka

Disediakan untuk digunakan dan dinikmati oleh warga Melaka dan juga pelawat ke negeri tersebut.

Ia terletak di Ayer Keroh dan dilengkapi dengan Padang Dataran, Bangunan Utama, Menara Jam, Pentas Lintas Hormat, Amfiteater, Laman Seni, Wakaf, Balai Pameran, Tempat Letak Kereta dan Tandas Awam.

Zoo Melaka

Zoo Melaka.
Terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesis haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.

Dibangunkan di atas tapak 22 hektar di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.

Taman Buaya.
Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesis buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka. Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.

Taman Rama-rama & Reptilia

Taman Rama-rama & Reptilia.
Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesis rama-rama dan reptilia. Pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking dan ratusan jenis serangga yang pastinya akan membuatkan pengunjung merasa geli geleman.

Melaka Wonderland.
Melaka Wonderland

Sebuah taman tema air yang terbaharu. Terletak di Ayer Keroh.

Antara tarikannya adalah Pemburu Tornado, Perlumbaan Kamikaze, Kolam Besar Berombak, Pulau Pengembaraan, Taman Dinosaur, Perlumbaan Kart Berlumpur, Paintball dan Pengangkutan Peribadi.

Rumah Api Tanjung Tuan

Rumah Api Tanjung Tuan yang terletak di kawasan daerah Alor Gajah, Melaka merupakan rumah api antara yang tertua di Malaysia. Selain itu, rumah api ini dilancarkan pada tahun 1958.

Rumah Api Tanjung Tuan.
Rumah api ini dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British, khususnya semasa Stamford Raffles. Ia kemudian dibina semula pada tahun 1860 setelah menara yang asal termusnah, akibat perang. Dari puncak Tanjung Tuan akan kelihatan pusaran air yang ganas yang menenggelamkan sekurang-kurangnya empat buah kapal perang Belanda dan Portugis pada tahun 1605.

Rumah api ini berfungsi untuk membantu kelasi, kapal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan. Ia dikawal dan diselenggarakan oleh Shahbandar Melaka. Sebuah radar untuk tujuan pengawalan laluan kapal-kapal besar di Selat Melaka baru saja dipasang di stesen rumah api ini pada awal tahun 1990.

Rumah api ini asalnya daripada bangunan kayu sahaja tetapi kini telah diganti dengan bangunan batu dan dilengkapi dengan sistem lampu yang memenuhi piawai antarabangsa. Kos pembinaannya lebih daripada sejuta ringgit. Di tepi rumah api ada lorong denai menuju ke Tok Keramat Lela dan medan tinjau Pulau Intan. Laluan denai daripada batu telah dibina oleh Jabatan Perhilitan Melaka. Disebabkan faktor-faktor keselamatan, rumah api ini tidak dibuka kepada orang ramai.
Pantai Tanjung Bidara.

Pantai Tanjung Bidara & Pengkalan Balak

Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah dan 2 km dari Kem Terendak ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan persaingan utama pantai Port Dickson yang terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah.

Pantai kegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.

Planetarium Melaka

Planetarium Melaka.
Ramai yang tidak sedar bahawa Melaka sebenarnya ada mempunyai sebuah planetarium yang dinamakan Planetarium Melaka & Pusat Sains di kawasan MITC.

Di sini anda akan dapat melihat model Sistem Suria, Hubble Telescope dan juga Simulator kapal Challenger. Anda juga berpeluang menonton tayangan filem mengenai angkasa lepas di teater angkasa 3D yang dikatakan antara yang tercanggih di Asia.

Planetarium yang terletak di kawasan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka ini berada di kedudukan yang strategik. Ia Merupakan Planetarium kedua di negeri ini selepas planetarium Al-Kharizmi.

Muzium Lebah Sedunia Melaka

Ingin uji pengetahuan anda tentang lebah? Jom kunjungi Muzium Lebah Sedunia Melaka yang terletak 3 kilometer dari tol Ayer Keroh (atau selepas stesen minyak Petronas). Walaupun bunyinya seperti muzium besar, ia sebenarnya ialah muzium kecil milik syarikat penternakan Soon Lee yang diasaskan sejak tahun 1978.

Muzium ini kelihatan sedikit usang.  Tetapi jumlah pengunjungnya dikatakan sekitar 50,000 sebulan. Muzium ini juga mempunyai kakitangan yang mahir tentang lebah dan mempunyai lebih 200 jenis sarang lebah dan penyengat lain untuk tontonan anda.

Muzium Lebah Sedunia.
Kalau selama ini anda hanya tahu tentang madu, muzium ini bakal mengubah persepsi anda. Sebab selain madu, anda akan diperkenalkan kepada pelbagai hasil lebah yang juga berguna untuk kesihatan — dari propolis dan royal jelly sehinggalah kepada khasiat memakan anak lebah dan sengat lebah.

Muzium Orang Asli

Muzium Orang Asli terletak bersebelahan Taman Buaya, Ayer Keroh, Melaka. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 3 Februarl 1997. Muzium ini mengkhusus kepada memperagakan bahan dan peralatan harian suku kaum asli seperti Senoi, Jah Hut dan Mah Meri.

Muzium Orang Asli.
Terdapat lebih 5 buah galeri dan tema dipaparkan di Muzium ini seperti kaedah-kaedah menangkap ikan, peralatan pertanian, ruang dapur dan bilik tidur serta senjata-senjata yang digunakan. Antara bahan tarikan ialah peralatan di rumah, alat pemburuan, upacara sewang dan sebagainya. Muzium terbaik untuk memperkenalkan corak hidup dan kepercayaan masyarakat yang menyimpan seribu satu misteri.

Muzium Orang Asli pada awalnya terletak di dalam Hutan Rekreasi Ayer Keroh di bawah pengawasan jabatan Perhutanan sebelum dipindahkan ke sebuah tapak baru bersebelahan Taman Buaya oleh Perbadanan Muzium Melaka pada Disember 1996 bagi meningkatkan sambutan orang ramai. Muzium ini diadaptasikan dari replika rumah orang asli yang terdapat di negara ini.

Muzium Samudera

Muzium Samudera.
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Di sebelahnya Muzium Samudera Fasa II.

Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.

Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.

Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

Google dedah pusat maklumat

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments


Google buat pertama kalinya mendedahkan suasana sebenar lapan pusat maklumat gergasinya yang menjana perkhidmatan ke seluruh dunia. Lapan pusat maklumat tersebut menempatkan sistem rangkaian komputer yang memproses permintaan pencarian internet, memaparkan video klip YouTube dan membekal e-mail kepada berjuta-juta penggunanya.

Gambar-gambar tersebut menunjukkan beratus-ratus ribu pelayan komputer, kabel wayar pelbagai warna, termasuk basikal yang digunakan juruteranya untuk sampai ke satu-satu tempat di dalam pusat tersebut dengan pantas.

Enam pusat maklumat Google terletak di Amerika Syarikat (South Carolina, Iowa, Georgia, Oklahoma, North Carolina dan Oregon) dan masing-masing satu di Finland dan Belgium.

Beberapa pusat maklumat kini sedang dibina di Quilicura, Chile; Hong Kong, Singapura dan Taiwan.

"Tidak ramai berpeluang melihat pusat maklumat Google kerana keutamaan kami adalah keselamatan bagi setiap maklumat yang disimpan dan kerana itu pusat maklumat kami dikawal ketat.

"Malah, hanya segelintir pekerja kami masuk ke dalam pusat maklumat tersebut. Buat kali pertama anda boleh melihat bagaimana keadaan sebenar di dalam pusat maklumat kami melalui gambar yang disiarkan," kata Google dalam satu kenyataan.

Gambar pusat maklumat North Carolina boleh didapati melalui perkhidmatan Street View dalam laman Google, yang biasa digunakan untuk melihat gambar-gambar kawasan kejiranan di seluruh dunia. - AGENSI


Street View

Album Gambar

Maklumat lanjut

Fearless Felix cipta rekod dunia

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

ROSWELL, New Mexico 15 Okt. - Atlet ekstrem Austria, Felix Baumgartner berjaya memecah rekod dunia payung terjun selepas melakukan terjunan dramatik dari stratosfera pada ketinggian 38.6 kilometer dari paras bumi di sini, baru-baru ini. Baumgartner berjaya memecah rekod dunia payung terjun yang melakukan terjunan bebas mengatasi kelajuan bunyi.

Beliau yang turut dikenali sebagai Fearless Felix mendarat di gurun timur New Mexico kira-kira sembilan minit selepas melakukan lompatan dari kapsulnya. Fearless Felix kelihatan mengangkat tangan tanda kejayaan sebaik-baik sahaja mendarat di permukaan bumi sambil menerima tepukan daripada penonton dan rakan-rakannya yang menyaksikan detik bersejarah itu dari pusat kawalan misi di Roswell, New Mexico.

"Ketika saya berdiri di aras paling tinggi di dunia saya terasa amat rendah diri dan tidak lagi memikirkan tentang misi memecahkan rekod atau mendapatkan data saintifik. Satu-satunya yang saya mahukan ketika itu ialah pulang dengan selamat," katanya selepas melakukan terjunan itu.

Pemerhati penerjunan daripada Persekutuan Antarabangsa Sukan Penerbangan, Brian Utley berkata, angka awal menunjukkan Baumgartner mencapai kelajuan maksimum 1,342 kilometer sejam. Menurutnya, angka itu sama dengan Mach 1.24 iaitu lebih pantas daripada kelajuan bunyi dan belum ada sesiapa yang pernah mencatat kelajuan tersebut dengan hanya memakai pakaian berteknologi tinggi.

Baumgartner turut memecah rekod melakukan terjunan dari paras paling tinggi bagi payung terjun, tiga kali lebih tinggi daripada purata aras ketinggian yang dilakukan oleh penerjun komersial, selain berjaya melakukan penerbangan pada paras paling tinggi menggunakan belon di stratosfera. Baumgartner telah berlatih selama lima tahun dan memegang banyak rekod termasuk terjunan dari Menara Berkembar Petronas. - AGENSI


http://www.redbullstratos.com/

http://www.youtube.com/science

Friday, October 19, 2012

Elaun guru pedalaman tidak dimansuhkan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments


Kerajaan tidak bercadang memansuhkan elaun pedalaman bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan berkenaan walaupun kemudahan dan infrastruktur kawasan semakin baik. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, pemberian elaun tersebut tetap diteruskan dan kerajaan mengambil berat terhadap aspek kebajikan guru-guru di kawasan pedalaman.

"Tiada perancangan hapuskan elaun pedalaman sama ada P1, P2 atau P3 walaupun kita sedar ada tempat-tempat contohnya P1 yang sudah ada kemudahan seperti jalan raya. Mereka masih terima elaun dan sebenarnya tiada pun ura-ura untuk hapuskan (pemberian elaun) kerana kita ada banyak sekolah di pedalaman," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa ini, guru yang bertugas di kawasan pedalaman P1 menerima elaun khas RM500.00 sebulan, P2 mendapat RM1,000.00, manakala P3 dibayar RM1,500.00. Terdahulu, dalam menjawab soalan lisan Raime, Mohd Puad berkata, seramai 31,165 orang daripada 34,952 guru yang berasal dari Sabah sedang berkhidmat di negeri tersebut manakala bakinya seramai 3,787 orang bertugas di Semenanjung.

Kata beliau, berdasar perangkaan sehingga 30 September lalu itu, seramai 20,286 orang guru bertugas di sekolah rendah manakala 10,879 bertugas di sekolah menengah di seluruh negeri Sabah.

Sumber Utusan Online 18/10/2012

Thursday, October 18, 2012

KTMB umum diskaun 50 peratus tiket komuter

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kuala Lumpur: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus bagi pembelian tiket KTM Komuter kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.

Golongan itu layak mendapat diskaun untuk tempoh setahun mulai 1 November ini sehingga 31 Oktober tahun depan. Perkara itu diumumkan oleh Naib Presiden Eksekutif Perniagaan KTMB, Sarbini Tijan pada sidang media di sini, baru-baru ini. Sebelum ini, diskaun itu dinikmati oleh golongan OKU, pesara dan pelajar.

Justeru itu, KTMB akan memperkenalkan kad Komuter 1Malaysia sebagai kad identifikasi kepada mereka yang layak dan borang permohonan boleh didapati di semua stesen komuter serta laman web KTMB.

Diskaun itu adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2013, bulan lalu.

Bagi tujuan pendaftaran dan pengeluaran kad itu, sebanyak 20 kaunter khas dengan kekuatan tenaga kerja seramai 120 orang akan diwujudkan oleh KTMB di tujuh stesen utama.

Sumber Online BH 18/10/2012

Wednesday, October 17, 2012

Serangan siber merentasi dunia dalam masa nyata

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

HoneyMap menunjukkan satu paparan masa nyata serangan siber terhadap pengesan-pengesan 'Honeynet Project' ketika ia berlaku, dan di mana ia berlaku.

Klik di sini untuk melihat ia dalam masa nyata, sangat mengejutkan. Hampir setiap saat, satu serangan baru dilaporkan!

Carta secara automatik menunjukkan yang serangan siber berdasarkan alamat-alamat IP mereka.

Titik-titik merah mewakili serangan-serangan, kekuningan ialah pengesan-pengesan (honeypots).

Lihat juga melalui Atlantic Wire atau Popular Science

sumber honeynet.org

oleh pasukan wordlesstech

Tuesday, October 16, 2012

Luar negara: Sekolah Rusia larang murid perempuan Islam pakai tudung

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

MOSCOW 15 Okt. - Beberapa keluarga Islam tidak membenarkan anak perempuan mereka belajar di sekolah-sekolah di selatan Rusia selepas pihak sekolah melarang pemakaian tudung. Pengharaman itu berlaku di sebuah sekolah di Daerah Neftekuminsky Wilayah Stavropol, laporan RIA Novosti.

Pejabat Mufti berkata bahawa ia adalah aduan keenam di terima. Nota yang sama telah difailkan oleh ibu bapa dari Irzgirsky dan Daerah Stepnoy. Kira-kira 3,000 umat Islam, terutamanya Nogais dan etnik dari Dagestan, hidup di Karatyube.

Mufti wilayah Stavropol, Muhammad-Haji Rakhimov semalam berkata, beliau menerima banyak aduan daripada beberapa keluarga yang mendakwa anak perempuan mereka tidak dibenarkan memakai tudung di sekolah. Beliau meminta ketua daerah, gabenor dan pendakwa di rantau ini untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Katanya, isu tersebut gagal diselesaikan selepas ibu bapa murid dan pihak sekolah enggan mengalah, menyebabkan beberapa murid perempuan tidak hadir ke sekolah selama dua minggu. "Ibu bapa murid perempuan tidak membenarkan anak mereka ke sekolah dan situasi itu boleh menyebabkan agensi kebajikan kanak-kanak campur tangan," jelasnya.

Ilona Vasyuk, timbalan ketua pentadbiran Daerah Neftekumsky, berkata bahawa pendakwa telah mengkaji aduan.

Sumber Vestnik Kavkaza Online 15/10/2012 - 2:20 pm.

Monday, October 15, 2012

Guru penggerak Pelan Pembangunan Pendidikan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments


Golongan guru termasuk pensyarah institusi pengajian tinggi awam atau swasta menggalas tugas besar memastikan kelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 sekali gus menepati keperluan objektifnya.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, guru dan pensyarah menjadi penggerak serta pelaksana utama dalam PPPM di samping berperanan memastikan perlaksanaannya memenuhi matlamat yang dihasratkan oleh kerajaan.

"Oleh itu, golongan ini harus memahami skop keperluan dan objektif penubuhan PPPM kerana mereka merupakan aset paling utama dalam menentukan kejayaan atau sebaliknya rancangan PPPM," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya dekat Putrajaya, baru-baru ini.

Laporan awal PPPM yang dilancarkan bulan lalu itu merangkumi pelan tiga fasa bagi tempoh selama 13 tahun sehingga 2025.

Sumber Utusan Online 15/10/2012

Sunday, October 14, 2012

JPM Keluar Pekeliling Baru Peraturan Perjalanan Bagi Pegawai Awam

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan surat pekeliling baru mengenai Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas, selaras dengan usaha untuk menambah baik kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.

Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 itu menetapkan semua pegawai awam yang ingin ke luar negara atas tujuan persendirian perlu mendapatkan kelulusan pegawai tinggi mengikut jawatan dan kategori pegawai.

Ia ditandatangani Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa bagi menggantikan Surat Pekeliling Am bertarikh 1 Mac 1984 dan 11 Jun 1986.

Menurut surat pekeliling terbaru itu, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan di JPM perlu mendapatkan kelulusan KSN.

Pegawai-pegawai di bawah seliaan Ketua Setiausaha Kementerian termasuk Timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian pula perlu mendapatkan kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian (butiran tiga dalam pekeliling).

Muatturun Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012

30 peratus lepasan SPM cemerlang diserap sebagai guru pelatih

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments


30 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan cemerlang dan berminat dengan bidang perguruan akan diserapkan sebagai guru pelatih mulai tahun depan. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, sebelum ini, mereka yang dipilih adalah dalam kalangan mereka dengan keputusan 6A atau 7A, namun kelayakan itu akan dinaikkan kepada 9A.

"Hampir 400,000 menduduki SPM dan kita ambil yang terbaik sekiranya mereka berminat. Hanya 30 peratus yang cemerlang akan dipilih dengan syarat lebih ketat. Ini sasaran baru supaya guru-guru yang terlatih adalah yang terbaik, kita akan mulakan kriteria ini tahun depan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) peringkat Zon Selatan di Johor Bahru baru-baru ini.

Sumber Utusan Online 14/10/2012

AS setuju hantar lebih ramai guru bahasa Inggeris

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments


Malaysia akan menerima lebih ramai guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat (AS) pada tahun depan, selaras dengan usaha Pelan Transformasi Pendidikan Nasional yang mahu meningkatkan tahap penguasaan bahasa itu dalam kalangan murid-murid.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, 25 guru bahasa Inggeris dari AS akan berkhidmat di Malaysia tahun depan, penambahan daripada sejumlah 50 guru tahun ini.

"Dua puluh lima lagi guru bahasa Inggeris dari AS akan membantu murid-murid kita tahun depan. Kita sememangnya mahukan lebih ramai tetapi mereka hanya mampu menghantar setakat itu," katanya hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Johor di sini.

Sumber Utusan Online 13/10/2012

Friday, October 12, 2012

Peperiksaan Akhir Tahun

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN – SK JERAM BATU 20

Tarikh
Waktu
Nama Kertas
Masa
Kelas
ISNIN
15/10/2012
08:00 – 09:00 pg.
Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan
1 jam
4, 5 & 6

09:30 – 10:30 pg.
Kajian Tempatan
1 jam
4, 5 & 6

10:50 – 11:50 pg.
Kemahiran Hidup
1 jam
4, 5 & 6

12:00 – 01:00 tgh.
Muzik
1 jam
4, 5 & 6
SELASA
08:00 – 08:40 pg.
Matematik 2
40 min
3
16/10/2012
09:00 – 09:50 pg.
Bahasa Melayu Pemahaman
50 min
3

10:25 – 11:40 pg.
Bahasa Melayu Penulisan
1 jam 15 min
3

11:50 – 12:50 tgh.
Pendidikan Islam
1 jam
3

08:00 – 08:50 pg.
Bahasa Melayu Pemahaman
50 min
4, 5 & 6

09:00 – 10:15 pg.
Bahasa Melayu Penulisan
1 jam 15 min
4, 5 & 6

11:00 – 11:40 pg.
Matematik 2
40 min
4, 5 & 6

11:50 – 12:50 tgh.
Pendidikan Islam
1 jam
4, 5 & 6
RABU
07:45 – 08:45 pg.
Matematik 1
1 jam
3
17/10/2012
09:00 – 10:00 pg.
Muzik
1 jam
3

10:20 – 12:20 tgh.
Pendidikan Seni
2 jam
3

08:00 – 09:00 pg.
Matematik 1
1 jam
4, 5 & 6

09:15 – 10:15 pg.
Pendidikan Kesihatan
1 jam
4, 5 & 6

10:50 – 12:50 tgh.
Pendidikan Seni
2 jam
4, 5 & 6
KHAMIS
07:45 – 09:00 pg.
Sains
1 jam 15 min
3
18/10/2012
09:10 – 10:00  pg.
Bahasa Inggeris 1
50 min
3

10:25 – 11:40 pg.
Bahasa Inggeris 2
1 jam 15 min
3

11:50 – 12:50 tgh.
Pendidikan Kesihatan
1 jam
3

08:00 – 09:15 pg.
Sains
1 jam 15 min
4, 5 & 6

09:30 – 10:20 pg.
Bahasa Inggeris 1
50 min
4, 5 & 6

11:15 – 12:30 tgh.
Bahasa Inggeris 2
1 jam 15 min
4, 5 & 6