Tuesday, December 11, 2012

TM tawar RM1,000 kepada orang ramai lapor kes kecurian kabel

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments


KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia (TM) menawarkan RM1,000 kepada orang ramai yang melaporkan sebarang kes kecurian kabel sehingga tertangkapnya pencuri terlibat sebagai usaha mencegah jenayah tersebut yang mengakibatkan kerugian ribuan ringgit kepada syarikat itu.

Pengurus Besar TM Kuala Lumpur R. Manivannan berkata tawaran tersebut terbuka kepada anggota polis, individu dan kumpulan yang dapat menahan suspek terbabit sehingga kes itu dibuktikan bersalah di mahkamah.

Bercakap pada sidang media selepas pelancaran Kempen Pencegahan Kecurian Kabel TMKL bersama Polis KL di sini Isnin yang turut dihadiri Ketua Pusat Media Polis Kuala Lumpur ACP Rasdi Ramli sehingga Oktober lepas, di Kuala Lumpur sahaja, TM menanggung kerugian sehingga RM891,110 melibatkan 63 kes curi kabel.

Sumber BERNAMA 11/12/2012

0 comments:

Post a Comment