Saturday, December 29, 2012

Polis tahan lelaki curi barangan berharga dalam kereta guna 'Remote Decoder'

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Bukti... Zainuddin menunjukan peralatan
elektronik yang digunakan suspek.
KUALA LUMPUR - Bermodalkan alat elektronik 'Remote Decoder' mudah bawa buatan Taiwan, seorang lelaki menjalankan kegiatan jenayahnya dengan mencuri barangan berharga milik mangsa yang diletakkan di dalam kereta.

Menjalankan kegiatan tersebut secara berseorangan, lelaki tempatan berusia 36 tahun itu menggunakan modus operandi dengan memintas frekuensi penggera kereta menggunakan Remote Decoder tersebut sebelum mencuri barangan berharga di dalam kereta mangsa.
200m.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata taktik lelaki itu bagaimanapun terbongkar selepas polis melakukan serbuan di sebuah kondominium di Petaling Jaya pukul 2 petang, 13 Dis lepas hasil intipan dan maklumat orang awam.

100m.
"Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut, polis menemui satu alat yang dipercayai Remote Decoder Elektronik yang digunakan oleh suspek untuk mematikan sistem penggera kenderaan mangsa.

"Polis turut menjumpai empat komputer riba, satu external hard disk serta pelbagai dokumen milik individu lain yang dipercayai dicuri oleh lelaki tersebut," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Sumber BERNAMA 28/12/2012

0 comments:

Post a Comment