Wednesday, December 19, 2012

PMR 2012: 30,474 Pelajar Dapat Gred A Dalam Semua Mata Pelajaran

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Ainin Adlin Ishak (tengah) bersama rakannya, (dari kiri)
Sarah Shahierah Mohd Halim, Tengku Sharifah Kurnia
Sayed Abd Rahman, Nur Balzureen Suhaimi dan
Puteri Sara Lily Mohd Fauzi gembira melihat
keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah
Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki,
Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Abdullah Yusof.
KUALA LUMPUR - Seramai 30,474 atau 6.92 peratus daripada 481,424 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012, mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan Datuk Dr Amin Senin berkata ini menunjukkan penurunan 0.85 peratus berbanding pencapaian tahun lepas yang merekodkan seramai 34,271 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.

Bagaimanapun jumlah calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran menurun daripada 346 orang (0.08 peratus) pada tahun lepas kepada 241 orang (0.05 peratus) tahun ini," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2012, di Putrajaya pada Rabu.
Datuk Dr. Amin Senin.

Amin berkata berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), tujuh mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Kesenian, Bahasa Tamil dan Bahasa Punjabi menunjukkan peningkatan prestasi, manakala sepuluh yang lain menunjukkan penurunan prestasi.

"Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 0.04 mata, namun prestasi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik menunjukkan penurunan masing-masing 0.12 mata, 0.02 mata dan 0.01 mata," katanya.

Sumber BERNAMA 19/12/2012

0 comments:

Post a Comment