Tuesday, December 11, 2012

Penglibatan pelajar dalam Ko-kurikulum jadi pelindung dari jenayah - Thaiveegan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Kor kadet polis.
KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan yakin penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum seperti kor kadet polis mampu menjadi pelindung kepada generasi muda daripada terjebak dalam jenayah.

Selain program itu, terdapat persatuan di sekolah seperti Rakan Muda, Program Latihan Khidmat Negara dan Kelab Pencegahan Jenayah yang mampu mendidik golongan remaja dan pelajar sekolah agar menjauhi elemen jenayah.

Datuk A. Thaiveegan.
Beliau berkata perkara itu amat dibimbangi di Selangor kerana penglibatan mereka dalam jenayah adalah satu perbuatan yang merosakkan masa depan mereka sendiri.

"Ia menjadi isu dibimbangi kerana seramai 482 pelajar berumur antara tujuh hingga 18 tahun ditangkap pada tahun lepas di Selangor kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan jenayah. Daripada jumlah itu, seramai 235 pelajar ditangkap kerana melakukan jenayah kekerasan antaranya rogol, samun, merusuh dan bergaduh," katanya kepada Bernama.

Thaiveegan berkata baki 247 pelajar lagi, ditangkap kerana terlibat mencuri motosikal, meragut dan pecah rumah.

Sumber BERNAMA 11/12/2012

0 comments:

Post a Comment