Saturday, December 08, 2012

Pengambilan penjawat awam dijangka kurang pada 2013

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan jumlah pengambilan penjawat awam baru pada tahun ini dan tahun depan akan berkurangan berikutan penawaran opsyen untuk bersara pada umur 60 tahun.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, pengambilan untuk 2014 bagaimanapun dijangka meningkat semula selepas kesan umur persaraan 60 tahun dineutralkan pada tahun tersebut.

"Walaupun demikian, jumlah pengambilan penjawat awam baru pada tahun ini telah pun mencecah 40,000 orang setakat ini," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Seminar Pengenalan Skil Pekerjaan Sektor Awam di sini hari ini.

Sumber Utusan Online 8/12/2012

0 comments:

Post a Comment