Tuesday, December 11, 2012

Lelaki terkejut bil telefon RM8.16 bilion

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Riyadh: Seorang lelaki di Arab Saudi terkejut apabila menerima bil telefon bimbitnya berjumlah lebih SR10 bilion (RM8.16 bilion) dan lebih mengejutkan, apabila syarikat penyedia kemudahan itu menyatakan bil itu mungkin betul.

Akhbar Arab Saudi, Alyoum melaporkan, pemilik telefon bimbit itu, Fahd Matar berkata, beliau tidak percaya keseluruhan bil telefon bimbitnya SR10,828,705,046.28. “Saya menghubungi Mobily, syarikat yang membekalkan kemudahan talian itu dan terkejut sekali lagi apabila diberitahu bil itu besar kemungkinannya betul. Saya langsung tidak mempercayainya.

“Seorang pegawai syarikat berkenaan memberitahu saya bayaran tinggi dikenakan ke atas panggilan antarabangsa yang saya buat selain caj tambahan kerana melayari internet,” katanya.

Matar berkata syarikat talian telefon bimbit itu sudah menamatkan perkhidmatan talian telefonnya.

“Saya membayar bil secara tetap dan jumlah bil yang paling banyak pernah saya terima ialah SR3,000 (RM2,447). Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya. - Agensi.

Sumber BH Online 11/12/2012

Emirates247

0 comments:

Post a Comment