Thursday, December 06, 2012

Jualan mega dengan tiga juta buku menanti pembaca

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia mempunyai pelbagai pilihan daripada tiga juta buku untuk dibeli pada edisi kelima pesta jualan buku terbesar tahun ini yang bermula Jumaat sehingga 23 Dis.

Pengarah Urusan Big Bad Wolf Books Sdn Bhd, Andrew Yap berkata jualan tahun ini meliputi pelbagai pilihan, dan memegang rekod dunia bagi jualan buku terbesar.

"Rakyat Malaysia memang suka membaca, tetapi entah bagaimana mereka tidak mampu untuk membeli buku. Kita sentiasa ingin menyuburkan semangat untuk membaca di kalangan rakyat Malaysia dengan menjadikan harga buku berpatutan.

"Di sini, oleh itu, mereka boleh mencari buku-buku, di mana setiap kategori akan dijual dengan potongan harga daripada 75 peratus hingga 95 peratus daripada harga runcit biasa," katanya kepada pemberita di luar pelancaran jualan itu pada Khamis.

Yap berkata jualan tahun ini juga berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini kerana ia akan menampilkan 63 jam tanpa henti untuk membeli buku bagi tiga hari yang pertama.

Sumber BERNAMA 6/12/2012

0 comments:

Post a Comment