Monday, December 24, 2012

Gigitan piranha hitam

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

LONDON 22 Dis. - Gigitan ikan piranha hitam dilaporkan lebih kuat berbanding haiwan-haiwan lain di seluruh dunia termasuklah haiwan prasejarah.

Menurut hasil kajian yang diterbitkan jurnal Scientific Reports, otot rahang ikan itu yang luar biasa membolehkannya mempunyai daya gigitan menyamai haiwan yang 30 kali ganda lebih berat berbanding ikan tersebut.

Menurut penyelidik, walaupun dubuk, jerung putih termasuklah buaya mempunyai kuasa gigitan yang agak kuat, namun kuasa itu menjadi tidak mengkagumkan bila dilihat daripada saiz dan berat haiwan itu.

Malah, menurut kajian itu, piranha juga mengalahkan haiwan gergasi prasejarah seperti Tyrannosaurus rex (T-rex) dan paus besar yang mendahului jerung putih.

Menurut jurnal itu, penyelidik telah menangkap 15 ekor ikan piranha hitam di Sungai Amazon, Brazil dan melakukan pelbagai ujian gigitan ke atas gajet khas yang dicatatkan pasukan dari Amerika Syarikat, Mesir dan Brazil.

Ia merupakan ujian gigitan yang pertama kali dilakukan ke atas ikan piranha hitam atau nama saintifiknya, Serrasalmus rhombeus.

Kajian itu menunjukkan, gigitan piranha hitam bersamaan 320 newton (N) hampir tiga kali lebih kuat berbanding saiz buaya aligator Amerika.

Satu newton merupakan kuasa yang diperlukan untuk menggerakkan satu kilogram jisim bagi satu meter kaki persegi. - AGENSI

Sumber Utusan Online 23/12/2012

Global Post  |  Discovery News  |  French Tribune  |  Live Science  |  Mail Online  |  National Geographic  |  Practical Fishkeeping  |  Red Orbit  |  Science Daily  |  Scientific Reports  |  TG Daily

0 comments:

Post a Comment