Saturday, December 08, 2012

Dakwaan bumi akan bergelap tiga hari tidak benar - Angkasa

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR - Laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari bermula 23 Disember ini berikutan bumi, matahari dan pusat galaksi (Bima Sakti) berada pada kedudukan selari adalah tidak benar.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Mustafa Din Subari berkata, keadaan itu tidak akan berlaku dalam masa singkat dan mungkin akan berlaku sekiranya bumi berhenti beredar mengelilingi matahari atau apabila matahari sudah tiada lagi.

"Jangan mudah percaya dengan perkara yang remeh-temeh kerana andaian yang dibuat itu berkemungkinan daripada pengaruh filem serta cerita yang ditonton.

"Untuk pengetahuan umum, pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrilion batu, jadi kesan tarikan graviti adalah terlalu kecil, mana mungkin bumi akan bergelap," katanya.

Sumber Utusan Online 8/12/2012

Lihat entri terdahulu - Angkasa nafi bumi akan bergelap 23 Dis  |  Falak Online.net  |  Agensi Angkasa Negara  |  NASA

0 comments:

Post a Comment