Saturday, December 15, 2012

Cuepacs Mahu Ketua Jabatan Pantau Permohonan Cuti Sakit

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KANGAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu ketua jabatan peka terhadap permohonan cuti sakit penjawat awam bagi memastikan mereka tidak menyalah guna kemudahan itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata ada petugas yang sihat terpaksa memohon cuti sakit untuk sesuatu urusan kerana mereka sudah kehabisan cuti tahunan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Seminar Pemantapan Gred Kuasa-Kuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun 2012 peringkat kebangsaan di Kuala Perlis Jumaat, beliau berkata amalan menipu cuti sakit merugikan perkhidmatan awam.

"Jika ada bukti penyalahgunaan cuti sakit, mereka yang terbabit iaitu penjawat awam atau pegawai perubatan yang mengeluarkan surat cuti sakit boleh dikenakan tindakan," katanya.

Mengulas pelaksanaan usia persaraan sehingga 60 tahun, Omar berkata Cuepacs telah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar penjawat awam menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka boleh berkhidmat dengan sempurna.

Sumber BERNAMA 14/12/2012

0 comments:

Post a Comment