Wednesday, December 12, 2012

5 jam pesawat mendarat dijadikan filem 25 saat

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Cy Kuckenbaker.
Jurugambar Cy Kuckenbaker mengabadikan gambar pesawat mendarat selama 5 jam, ketika hari cuti sempena 'Black Friday' pada 23 November 2012 yang lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa San Diego, California.

Hari itu penerbangan sedang mencapai puncak kesibukannya.

Selama 5 jam dari 10:30 pagi hingga 3:00 petang, beliau mengabadikan saat kesibukan di lapangan terbang dan dijadikan sebuah filem 25 saat.
Hannover, Flughafen oleh Ho-Yeol Ryu.

Sebanyak lebih 60 buah kapal terbang telah dirakamkan.

Idea asalnya dari jurugambar Ho-Yeol Ryu (Seoul, 1971) yang merakamkan gambar penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hannover, Jerman pada tahun 2005.

Sumber - Cysfilm.com

0 comments:

Post a Comment