Monday, November 12, 2012

Tidak sarapan jejas pembelajaran

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Pengurus Pemasaran Sukan Milo, Ng Ping Loong (kanan) melayan murid
SK Sungai Bumbun (A) bersarapan sempena program Gerakan Nutrisi
anjuran jenama minuman itu di Pulau Indah, Selangor baru-baru ini.

Akibat tiada pengambilan diet makanan seimbang pada waktu pagi, murid sekolah terdedah kepada masalah kekurangan nutrien yang penting dalam badan sekali gus menjejaskan tumpuan serta pembelajaran mereka di sekolah.

Malah lebih buruk lagi, kata Pengetua Penyiasat Kaji Selidik Pemakanan Asia Tenggara (Seanuts) Malaysia, Prof. Poh Bee Koon, kekurangan nutrisi dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang dipanggil kebuluran tersembunyi atau hidden hunger.

''Kebuluran tersembunyi merupakan masalah kekurangan nutrisi atau zat yang tidak dapat dilihat seperti kekurangan vitamin D dan kalsium yang diperlukan tubuh manusia.

Sumber Utusan Online 12/11/12

0 comments:

Post a Comment