Friday, November 09, 2012

Prasekolah Penting Untuk Bantu Malaysia Capai Status Negara Maju

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR - Pendidikan prasekolah di kalangan kanak-kanak penting dalam membantu negara mencapai status negara maju menjelang 2020, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Beliau berkata pendidikan di peringkat awal kanak-kanak penting bagi membantu mereka memupuk minat belajar sejak kecil.

"Kerajaan menyedari betapa pentingnya pendidikan prasekolah dengan turut menambah peruntukan dalam Belanjawan 2013 melalui agensi seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi menubuhkan tadika di kampung, estet dan juga di bandar.

"Ini bagi membantu ibu bapa memupuk minat belajar anak mereka dengan menghantar ke sekolah tadika bagi memudahkan mereka apabila masuk darjah satu nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah dan Pengijazahan Prasekolah Tadika Sri Wawasan 2011 di sini Khamis.

September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebanyak RM1.2 bilion disediakan kepada pelbagai agensi kerajaan sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan prasekolah berkualiti manakala RM380 juta pula untuk Kementerian Pelajaran bagi penempatan guru prasekolah.

Sumber BERNAMA 8/11/2012

0 comments:

Post a Comment