Sunday, November 25, 2012

Poskad tiba selepas 70 tahun

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Poskad: poskad, seperti gambar di atas, telah dialamatkan
kepada Theresa dan Pauline Leisenring dari Berek Pusat
Perubatan di Kem Grant di Rockford, Illinois
NEW YORK: Selepas 70 tahun, sekeping poskad tiba di alamat tertulis, walaupun bukan untuk pengirim sebenar.

Poskad itu dihantar pada 4 Julai 1943 kepada Pauline dan Theresa Leisenring di Elmira, New York oleh ibu bapa mereka yang melawat abangnya di Camp Grant di Illinois.
Selepas 70 tahun, sekeping poskad
tiba di alamat tertulis.

Poskod tersebut bertulis: "Dear Pauline and Theresa, We arrived safe, had a good trip, but we were good and tired. Geo. looks good, we all went out to dinner today (Sunday). Now we are in the park. Geo has to go back to Grant at 12 o'clock tonight. Do not see much of him. We are going to make pancakes for Geo for supper tonight. See you soon. Love Mother, Dad"
("Kepada Pauline dan Theresa, kami tiba dengan selamat, satu perjalanan yang baik, tetapi kami sihat dan letih. Geo. kelihatan bagus, kami semua keluar makan malam hari ini (Ahad). Sekarang kami berada di taman. Geo perlu kembali ke Grant pada pukul 12 malam ini. Tidak dapat lama dengannya. Kami akan membuat kuih dadar untuk Geo untuk makan lewat malam, malam ini. Jumpa lagi nanti. Sayang dari Ibu, Ayah").

Anak-anak perempuan Laura Rundell, Madie Paodgorny,
kiri, dan Hannah Podgorny, memegang poskad yang
bertujuan untuk dua beradik lain, Pauline dan Theresa
Leisenring, yang pernah tinggal di rumah tersebut
di Bridgman Street home, di Elmira N.Y.
Malangnya, dua beradik itu sudah meninggal dunia berpuluh tahun lalu.

Bagaimanapun, rumah mereka di Elmira, diduduki oleh dua budak perempuan lain iaitu Hannah dan Madie Podgorny.

Hannah, pelajar Tahun Tujuh, bercadang menggunakan poskad itu dalam projek sejarah sekolahnya.

Sumber myMetro Ahad 25/11/2012


Times NewsFeed  |  Daily News  |  The Blaze  |  The Times of India  |  The Durango Herald  |  USA Today

0 comments:

Post a Comment