Wednesday, November 21, 2012

Permata cadang bina sekolah asrama penuh untuk peserta program Permata Insan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Rosmah Mansor menyampaikan komputer riba
kepada sebahagian kanak-kanak Program Permata
Insan di USIM, Nilai, Seremban, semalam.
BANTING - Program Permata Negara (Permata) bercadang menubuhkan sebuah sekolah menengah berasrama penuh untuk peserta Program Permata Insan tidak lama lagi.

Penaung Permata Datin Seri Rosmah Mansor berkata sekolah itu yang akan dibina dalam kawasan kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, pada dasarnya telah mendapat persetujuan kerajaan.

Isteri perdana menteri itu berkata pihak Permata kini sedang menyiapkan reka bentuk sekolah untuk menempatkan 250 pelajar dengan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

"Kami mahu pastikan reka bentuk sekolah itu nanti sesuai dan mengikut keperluan pelajar," katanya ketika melakukan lawatan kerja di perkhemahan Permata Insan 2012 di Sekolah Menengah Sains Banting di sini.

Turut hadir Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Muhamad Muda.

Sumber BERNAMA 21/11/2012

0 comments:

Post a Comment