Saturday, November 24, 2012

Penggemar kemas kini 'geolocation' undang jenayah

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR — Pemilik telefon pintar yang gemar mengemas kini sistem ‘geolocation’ mereka melalui laman sosial, berisiko mendedahkan diri mereka kepada jenayah harta benda dan jenayah korporat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, penggunaan aplikasi yang mempunyai akses kepada 'geolocation' di mana pengguna memaklumkan kedudukan serta aktiviti mereka, dikhuatiri membuka ruang kepada berlakunya jenayah seperti pecah rumah dan rompakan.

"Ramai antara penggemar laman sosial suka mengemas kini atau 'check in' lokasi atau kegiatan mereka menerusi aplikasi seperti 'Foursquare', Facebook dan sebagainya untuk memberitahu apa yang sedang mereka lakukan dan tempat hotspot yang dikunjungi atas dasar sekadar suka-suka.

"Namun tindakan ini sebenarnya menjadi faktor pendorong kepada risiko dijadikan mangsa jenayah selepas penjenayah memperoleh maklumat sasaran mereka hanya melalui alam siber," katanya baru-baru ini.

Syed Ismail berkata, terdapat juga pengguna laman sosial yang mengemas kini status semasa dengan menyatakan mereka akan meninggalkan kediaman mereka untuk beberapa hari dan tindakan tersebut mengundang risiko kepada keselamatan kediaman mereka.— BERNAMA

Sumber Kosmo! Online 24/11/2012

0 comments:

Post a Comment