Saturday, November 10, 2012

Pembelajaran Luar Darjah Bantu Perkukuh Pengalaman, Pelajari Kehidupan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

PETALING JAYA - Pembelajaran di luar bilik darjah dapat membantu pelajar memperkukuhkan pengalaman serta mempelajari tentang dunia kehidupan yang sebenar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika merasmikan World Robotic Olympiad (WRO) di sini hari ini.

Pembelajaran seperti itu dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran yang penting bagi kehidupan di abad ke-21, iaitu kemahiran berfikir, penyelesaian masalah, pembelajaran kendiri serta kemahiran bekerja sebagai satu pasukan.

"Belajar melalui aktiviti mereka cipta, membina dan mengendalikan robot membantu pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan komputer, elektrikal dan mekanikal berteknologi tinggi yang sememangnya mempunyai permintaan tinggi dalam industri," katanya.

"Robotik pada hari ini merupakan bidang yang sedang berkembang pesat dalam sektor perindustrian dan permintaan terhadap golongan profesional muda yang berbakat untuk bekerja dalam industri robotik semakin meningkat.

Sumber BERNAMA 10/11/2012

0 comments:

Post a Comment