Sunday, November 25, 2012

Pai rock melon terbesar di MAHA 2012

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

NOH (tiga dari kiri) menunjukkan pengiktirafan pai rock melon
yang terbesar di Malaysia selepas melancarkannya sempena
MAHA 2012 di Serdang semalam.
SERDANG - Setiap pengunjung Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012) dijanjikan pengalaman baharu dengan pelbagai acara dan produk pertanian menarik serta inovatif.

Semalam, pengunjung berpeluang menikmati pai rock melon terbesar di Malaysia hasil air tangan 20 pelajar dan tenaga pengajar Pusat Giat Mara Klang dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.

Para pelajar GiatMARA sedang memotong
Pai 'Rock Melon' yang berjaya mencatat
rekod di dalam Malaysian Book of Record
di MAHA semalam.
Sebanyak 50 biji rock melon digunakan untuk menghasilkan pai seberat 186.4 kilogram yang mempunyai diameter sepanjang dua meter dan tebal 10 sentimeter.

Pai tersebut turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records dan dijual RM5 sepotong.

Sumber Kosmo! Online 25/11/2012

0 comments:

Post a Comment