Friday, November 09, 2012

NUTP Sambut Baik Pelantikan Guru DG41 Tanpa Temuduga

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik langkah kerajaan memudah cara pelantikan guru berijazah sarjana muda tanpa perlu melalui proses temuduga mulai tahun depan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memiliki ijazah sarjana muda akan dilantik terus ke gred DG41 tanpa temuduga dan ia perlu dipohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk pengecualian itu.

Presiden NUTP Hashim Adnan berkata langkah itu menunjukkan keprihatinan kementerian untuk membantu pelantikan golongan guru yang berkhidmat lebih 10 atau 20 tahun kerana rata-rata mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang perguruan.

"Ia satu langkah yang baik kerana kebanyakan guru yang mempunyai ijazah sarjana muda telah lama berkhidmat dan pada pendapat saya, mereka tidak perlu lagi ditemuduga.

"Malah tindakan ini juga meringankan beban dan menjimatkan masa guru-guru itu yang mempunyai tanggungjawab lain di sekolah daripada terpaksa membuat persediaan menghadapi temuduga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sumber BERNAMA 8/11/2012

0 comments:

Post a Comment