Tuesday, November 20, 2012

Malaysia Raih Tiga Pingat Emas Di Pertandingan Kemahiran Asean Ke-9

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

JAKARTA - Penyertaan Malaysia pada Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) ke-9 di sini mencatat prestasi membanggakan dengan mengondol tiga pingat emas, empat perak dan empat gangsa.

Peserta Malaysia Amran Naim, yang memenangi pingat emas dalam bidang 'kerja paip dan pemanasan', muncul peserta terbaik pada pertandingan kali ini.

Ketiga-tiga pingat Malaysia dimenangi peserta individu dalam bidang pemasangan elektrikal, kerja paip dan pemanasan, serta memasak.

Perak pula dimenangi empat peserta bidang rekaan kejuruteraan mekanikal - CAD, perkhidmatan restoran, penjubinan dinding dan lantai, penyejukan serta pendingin hawa.

Gangsa pula dimenangi empat peserta yang menyaksikan bidang kimpalan memenangi dua gangsa diikuti pembuatan kabinet dan teknologi fesyen.

Pencapaian peserta Malaysia kali ini merupakan kejayaan yang amat bermakna setelah hanya memperoleh satu pingat emas, dua perak dan empat gangsa pada edisi ke-8 di Bangkok, dua tahun lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan, yang bersama delegasi Malaysia ke pertandingan kali ini, turut merai kejayaan peserta negara pada acara penutup malam ini.

Sumber BERNAMA 20/11/2012

0 comments:

Post a Comment