Thursday, November 22, 2012

KSN - Tiada Kompromi Bagi Penjawat Awam Bocor Rahsia Kerajaan

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas terhadap penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Beliau berkata kegiatan seperti memalsukan dokumen, membocorkan maklumat serta menyebarkan maklumat sulit dan sensitif kepada pihak lain akan mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

"Perbuatan membocorkan rahsia kerajaan tidak boleh dikompromi sama sekali. Justeru itu, saya ingin mengingatkan semua Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan supaya lebih tegas dalam memberi teguran atau amaran dan mengambil tindakan tegas ke atas sebarang pelanggaran keselamatan termasuklah ketidakpatuhan, kecuaian, kelalaian penjawat awam sehingga menyebabkan berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan di agensi masing-masing," katanya.

Tindakan boleh diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 atau Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), katanya pada Konvensyen Keselamatan Perlindungan peringkat kebangsaan bertemakan "Mentransformasikan Keselamatan Perlindungan Seiring Transfromasi Perkhidmatan Awam" di Kementerian Kewangan di sini, Khamis.

Sumber BERNAMA 22/11/2012

0 comments:

Post a Comment