Tuesday, November 20, 2012

Jumlah SAR, SAN berdaftar dengan Kementerian masih kecil - Jamil Khir

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sedia berbincang dengan Majlis Agama Islam Negeri berhubung manfaat Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Beliau berkata ini berikutan jumlah Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai SABK masih kecil jika dibandingkan dengan sekolah yang wujud.

Katanya, hanya 88 daripada 112 SAN mendaftar di bawah SABK manakala bagi SAR, 72 daripada 266 sahaja yang berbuat demikian.

"Jumlah ini masih kecil, angka ini hanya bagi sekolah menengah, bagi sekolah rendah, jumlahnya masih jauh lagi kerana pendaftaran yang direkodkan belum mencecah satu peratus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat di sini.

Jamil Khir berkata tumpuan SABK lebih diberi kepada sekolah menengah kerana pelajar yang keluar dari sekolah aliran itu akan memiliki pengiktirafan sah bagi membolehkan mereka mencari kerjaya pada masa depan.

Sumber BERNAMA 20/11/2012

0 comments:

Post a Comment