Wednesday, November 21, 2012

Itik diguna hapus siput gondang di Perlis

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

KANGAR, - Itik akan diguna untuk memusnahkan siput gondang emas yang menyerang tanaman padi di Perlis, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad.

Beliau berkata itik akan dilepas di dalam sawah yang tanaman padinya berusia bawah 15 hari.

"Sebagai permulaan, 100 ekor itik akan dilepas bagi memakan siput dan telur siput dan jumlah itik akan diperbanyakkan lagi.

"Kaedah ini menguntungkan kerana itik bukan sahaja dapat mengawal sawah daripada ancaman siput tetapi ia juga menghasilkan telur yang boleh meningkat pendapat pesawah," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian program Pengurusan Perosak Bersepadu peringkat negeri di Paya Tengah dekat sini Rabu.

Beliau berkata penduduk kawasan tersebut secara gotong-royong telah memungut 75 kilogram siput gondang emas dalam tempoh beberapa jam di kawasan sawah seluas kira-kira 10 hektar Selasa.

Sumber BERNAMA 21/11/2012

0 comments:

Post a Comment