Friday, November 09, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan 2012

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

Majlis tersebut telah diadakan pada hari Khamis 8 November 2012 mulai jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari di Dataran Ilmu, SK Jeram Batu 20.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Jahaya bin Ibrahim, DBNS., AMS., JP., Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Kuala Selangor.

Beberapa kategori telah disampaikan:

1. Penerima sijil dan cenderamata 1 - Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Briged Siber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas.

2. Penerima sijil dan cenderamata 2 - Kedudukan Dalam Kelas, Peningkatan Prestasi, Mata Pelajaran Terbaik dan Penghargaan Sekolah.

3. Anugerah Tokoh - Tokoh Nilam (Tahap 1 dan Tahap 2), Murid Cemerlang Kokurikulum, Tokoh Murid Lelaki, Tokoh Murid Perempuan dan Terbaik Keseluruhan.

Di majlis itu, YBhg. Dato' turut menghulurkan sumbangan peribadi RM2,000.00 untuk kerja-kerja permulaan memasang kipas di Dataran Ilmu (ruai).

Di akhir majlis tersebut, YBhg. Dato' telah sudi melakukan pemotongan riben bagi merasmikan Taman Sains yang telah diusahakan oleh Panitia Sains sekolah. Jutaan terima-kasih YBhg. Dato'.

0 comments:

Post a Comment