Friday, November 09, 2012

Guru cemerlang tanpa temu duga

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

SEREMBAN - Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bersetuju melantik secara terus calon guru yang berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas mereka menamatkan pengajian, tanpa proses temu duga mulai tahun depan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, SPP juga bersetuju melantik terus tanpa temu duga guru cemerlang, guru besar cemerlang dan pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada separuh masa atau di bawah Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) ke Gred DG41.

Mengenai lantikan terus guru, guru besar dan pentadbir cemerlang tanpa temu duga, katanya, langkah itu bertujuan menyokong usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan latihan dalam perkhidmatan perguruan.

"Dengan itu guru yang terlibat boleh membuat permohonan terus kepada SPP untuk dikecualikan daripada proses temu duga. Ini juga akan dilaksanakan pada tahun hadapan," ujar Muhyiddin.

Dalam ucapan itu juga, beliau berkata, kerajaan akan memastikan guru memberi fokus kepada fungsi teras
pembelajaran dan pengajaran dengan mengurangkan beban pentadbiran mulai tahun hadapan.

"Menjelang 2016, laluan guru untuk berperanan sebagai pemimpin, pakar pengajaran dan pakar bidang akan
dipertingkatkan, manakala mulai tahun 2025, proses pensijilan dan pembudayaan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja akan dibentuk," tegas beliau.

Sumber Utusan Online 8/11/2012

0 comments:

Post a Comment