Saturday, November 10, 2012

Dasar Pertukaran Guru Akan Disemak, Pastikan Lebih Jelas

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

SUNGAI PETANI - Dasar pertukaran guru akan disemak semula bagi memastikan prosedurnya dapat difahami dengan lebih jelas oleh pihak berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sesetengah guru tidak memahami prosedur yang telah ditetapkan, sebelum membuat permohonan pertukaran tempat mengajar.

"Mengenai masalah pertukaran ini, kita faham isu ini dan amat bersimpati sebab ketika mula bertugas, tiada masalah tapi ia timbul selepas guru berkahwin dan mempunyai anak.

"Masalah ini lebih kepada soal opsyen, contohnya kalau guru Bahasa Melayu keluar dan tiada ganti, akan timbul masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Merbok dekat sini Sabtu.

Beliau berkata semakan yang menyeluruh akan dilakukan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian termasuk mengambil kira polisi sedia ada dan melakukan kemas kini data guru-guru.

Sumber BERNAMA 10/11/2012

0 comments:

Post a Comment