Friday, November 23, 2012

63 graduan ISMP diberi peluang kedua

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

SERAMAI 63 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tajaan Kementerian Pelajaran yang gagal dalam temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) tahun lalu sudah diberikan peluang kedua untuk ditemuduga pihak berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, peluang kedua itu diberikan selepas mengambil kira rayuan dikemukakan pelbagai pihak dan menyerahkannya kepada SPP untuk meneruskan sesi temu duga seterusnya.

“Mengenai graduan yang gagal itu, sebenarnya mereka sudah dipanggil untuk ditemu duga, tetapi gagal. Semua mereka ditaja kementerian sendiri. Oleh itu kita setuju bagi peluang kedua atas rayuan dikemukakan pelbagai pihak.

“Sebenarnya ada 94 graduan yang gagal ketika hadir temu duga, ada yang tidak membawa maklumat yang lengkap seperti sijil dan sebagainya,” katanya menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN - Rembau).

Khairy dalam soalannya ingin tahu mengenai nasib 63 graduan ISMP yang gagal ditemu duga tahun lalu, selain memohon pertimbangan serta pandangan kementerian sekiranya memberikan peluang kedua kepada graduan berkenaan.

Malah, Khairy berkata, prosedur temuduga SPP mengkehendaki salah seorang ahli SPP menjadi anggota panel dan panel lain perlu cemerlang, namun disebabkan bilangan ahli SPP yang terhad iaitu 11 orang, maka banyak calon ISMP terpaksa tunggu lama.

Sumber myMetro 23/11/2012

0 comments:

Post a Comment