Tuesday, November 13, 2012

1MOCC Sejajar Dengan Prinsip Rakyat Didahulukan - Najib

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC), sebuah pusat penyelesaian setempat untuk rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam. Beliau berkata pusat yang beroperasi 24/7 termasuk pada cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan percaya ia dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

1MOCC membolehkan orang awam mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan nombor rujukan tunggal 03 8000 8000. Selain itu, pengguna boleh memilih untuk menggunakan faks di talian 03 8000 8001, melayari laman web di www.malaysia.gov.my, e-mel 80008000@1mocc.gov.my dan laman-laman sosial iaitu facebook.com/myGovernment dan twitter.com/myGovPortal.

Dengan ini orang awam tidak lagi perlu mengingati atau mendapatkan pelbagai maklumat perhubungan setiap kali ingin berurusan dengan agensi kerajaan yang berlainan. Menggunakan konsep pusat panggilan setempat, 1MOCC merupakan satu projek ‘National Flagship’ di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Projek itu menyediakan lima saluran komunikasi iaitu telefon, sistem pesanan ringkas, faks, e-mel dan media sosial. Fasa satu 1MOCC dilaksanakan secara perintis melibatkan 21 agensi kerajaan merangkumi Jabatan Perdana Menteri dan agensi di bawahnya, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Ia diterajui Mampu dengan penyertaan Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Perbadanan Putrajaya dan TM selaku rakan strategik.

Sumber BERNAMA 13/11/2012

0 comments:

Post a Comment