Sunday, November 18, 2012

192 Pelajar Cemerlang Matrikulasi Ditaja Belajar Ke Luar Negara

BY SK Jeram Batu 20 Selangor No comments

CHANGLUN - Seramai 192 pelajar lepasan kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ditaja melanjutkan pelajaran ke luar negara sejak 2006 hingga tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata semua pelajar yang ditaja itu mengikuti bidang pengajian kritikal iaitu Sains dan Matematik.

"Untuk tahun ini sermai 39 pelajar cemerlang lepasan matrikulasi ditaja sepenuhnya oleh KPM mengikuti program peringkat Ijazah Pertama di United Kingdom.

"Kita amat berpuas hati dengan prestasi program matrikulasi kerana pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar amat membanggakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kokurikulum Matrikulasi (Kakom) ke-12 di Kolej Matrikulasi Kedah di sini Ahad.

Mohd Puad yakin matlamat kerajaan menubuhkan kolej matrikulasi untuk menyediakan pelajar-pelajar mengambil bidang-bidang kritikal seperti perubatan dan pergigian tercapai.

Sumber BERNAMA 18/11/2012

0 comments:

Post a Comment